Dah Lama Tak Makan Ubi Dan Keledek Rebus. Semalam saya dapat ubi dan keledek ungu atau keledek jepun orang panggil, dari kawan satu opis. Banyak sangat stok yang ada tapi saya ambil sedikit saja, kerana tak ada siapa yang akan habiskan bila ambil banyak-banyak. Cukup ambil sebatang ubi kayu dan beberapa ketul keledek ungu.
Sedapnya ubi madu @ keledek jepun ni. Manis sangat rasa isinya, macam gigit gula je..
Dah Lama Tak Makan Ubi Dan Keledek Rebus
Sebenarnya dah lama sangat kami tak makan ubi dan keledek rebus. Bila dapat stok ubi dan keledek dari rakan sekerja, maka apa lagi, kita rebus kan je. Hehe
Sebelum direbus, saya gosok dulu kulit keledek tu, biar bersih dan mudah nak makan kemudian. Nampak tak warna isi keledek tu. Rasanya manis lemak dan amat lembut.
Memang dah agak, anak bujang saya yang berusia 14 tahun langsung tak nak makan. Dia kata nampak macam tak sedap.. haha, cubalah dulu baru tahu! Betul tak?
Tak apa, lama-lama nanti jika dah banyak merantau, banyak pengalaman hidup.. makan lah dia keledek dan ubi rebus! Gitu jugak dengan abang dia dulu, mulanya tak makan, bila dah jauh berjalan luaslah pemandangan dan makanan yang dirasai.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.