Lunch Nasi Ayam Penyet Dengan Ayam Goreng Garing. Tadi balik kerja saya ternampak orang jual nasi ayam penyet di tepi simpang jalan nak balik ke kawasan perumahan saya. Sebab perut lapar dan tengok gerai tu tak ada pelanggan, maka saya pun singgah.
Sebaik memberhentikan kereta, saya buka cermin dulu dan angkat 2 jari bermaksud saya nak 2 bungkus.
Rupanya bila kami order, baru lah dia masak bahan-bahan untuk nasi ayam penyet termasuklah tempe, tauhu, goreng ayam semua tuu.. maka kena tunggu la ya.
Patutlah gerai tu tak ramai orang, mungkin tak sanggup menunggu lama lagi untuk dapatkan set nasi ayam penyet itu. Saya tahu, dia orang mungkin nak jaga kualiti masakan masing-masing tetapi kan ada cara yang boleh disesuaikan daripada membuatkan pelanggan menunggu lama. Betul tak? Hmm.. lain kali kalau singgah lagi, saya akan kongsikan pandangan.. hehe
Lunch Nasi Ayam Penyet Dengan Ayam Goreng Garing
Maka, ini lah nasi ayam penyet yang saya beli tadi. Jika lihat gambar di bawah, bolehkah anda teka harganya??
Kalau tengok ayam dia tu, geram je kan? Dah la saiz besar, isi pun juicy dan mudah nak dimakan. Dia punya ayam rangup garing, bukan keras atau liat. Dalam menunggu agak lama tadi, berbaloi juga hasilnya.
Mungkin tekaan anda betul. Harga sebungkus nasi ayam yang saya beli ni adalah RM9.00. Antara kandungannya adalah,
◾ Ayam seperempat bahagian - goreng garing
◾ 3 ketul tempe yang besar saiznya
◾ 2 ketul tauhu daripada 1 bahagian yang di belah dua
◾ 3 hiris timun yang tebal-tebal
◾ Nasi segunung
◾ Sambal dalam pek plastik yang agak besar
Saya membuat kesimpulan bahawa dia berniaga sambil bersedekah agaknya. Kelewatan proses tersebut mungkin kerana itu trademark mereka iaitu orang order baru masak. Agaknya saya yang tak sabar sebab dah lapar.. haha
Yang buat saya terkenang-kenang adalah saiz ayam penyetnya yang besar dan rangup sebab garing. Tetapi isinya lembut dan juicy. Alhamdulillah. Sempat saya doakan peniaga tersebut dikurniakan rezeki yang melimpah ruah lagi, kecukupan yang baik sepanjang masa.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.