Menghantar Pulang Bakal Doktor Ke KLIA untuk kembali ke Egypt. Malam tadi tepat 3.15 pagi selamat anakanda kami menaiki pesawat Qatar Airways menuju ke negara yang bergelar bumi Anbia untuk menyambung lagi tanggungjawab dan amanah yang digalas. Insya Allah beliau akan boleh berbakti kepada orang yang memerlukan dalam 3 tahun lagi.
Hmm.. rambut pun dah panjang siap boleh toncet lagi. Tak sempat nak potong. Hehe..
1) Passport & Visa pelajar
Rasanya macam baru je dia menjejakkan kaki di depan pintu rumah pada petang 2 Ogos 2021 yang lalu. 14 hari sebelum itu masanya dihabiskan di pusat kuarantin Hotel Sama Sama.
Sekitar pukul 11.30 pagi waktu Malaysia, anakanda kami dan rakan-rakannya yang seramai 5 orang itu telah selamat tiba di Doha Airport untuk transit sebelum meneruskan perjalanan ke Cairo, Egypt.
Gambar-gambar di Doha Airports yang dikirimkan kepada kami..
#Tag bagage bakal doktor kami guna hand band JDT 😅😅 peminat JDT & Manchester United
Menghantar Bakal Doktor Ke KLIA Untuk Terbang Ke Egypt
Sepanjang perjalanan dari Johor Bahru ke KLIA selama 3 jam amatlah memudahkan. Kami bergerak selepas Maghrib. Jalan terus tidak berhenti di mana-mana perhentian waima untuk membuang air dan sebagainya.
Buat pertama kalinya kami merentasi negeri-negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, sesekali langsung tiada kenderaan di atas jalanraya kecuali kereta kami sendirian. Kalau selalu macam ini, memang tak sampai 3 jam dah boleh tiba di KLIA. Hehe..
Suasana di KLIA juga sunyi sepi hanya ada sekitar 100 orang pada sesuatu masa, mungkin untuk menaiki penerbangan yang sama seperti anakanda kami.
Tiada satu kedai pun yang dibuka kerana jam sudah pun pukul 10.30 malam sewaktu kami tiba. Tandas pun hanya satu sahaja yang beroperasi.
Urusan check in dilakukan secara online, hanya perlu check in beg atau kotak sahaja. Itupun pemeriksaan dilakukan amat ketat dengan dokumen-dokumen penting mesti diserahkan untuk diperiksa, seperti:
1) Passport & Visa pelajar
2) Kad Polio Vaksin
3) Kad Vaksin Covid-19
4) Kad Pelajar
5) Kad keahlian kelab universiti
6) PCR test report
Dan berdasarkan polisi Qatar Airways, setiap beg @ bungkusan hanya boleh berat maksima 30 kg sahaja, tak kisah berapa banyak beg yang di bawa. Pastilah ada extra caj untuk lebihan bagage dari yang dibenarkan. (Kerana anakanda saya bukan pemegang kad resident/ warganegara).
Kami sempat menunggu dan menghantar bakal doktor ini melepasi balai berlepas. Menghantar Pulang Bakal Doktor Ke KLIA dengan keadaan semua orang menggunakan mask, memanglah agak merimaskan. Jaga jarak, jauhkan ruang sesak dan sentiasa memakai mask sentiasa kami pantau. Begitulah keadaan ekonomi dan sosial negara seluruh dunia sekarang ini.
Baca juga:
Sempat berposing sebelum kami melepaskan dia pergi untuk menyambung tuntutan amanah dan minatnya sedari kecil |
Dalam keadaan pandemik covid-19 sekarang ni, nak tak nak kita kena biasakan dengan norma baharu begini. Walau sukar pada mulanya, ia tidaklah jadi sebab untuk kita melanggar SOP yang digariskan.
Semoga coretan santai ini membawa manfaat kepada semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.