Pesanan Indah Untuk Pencinta Sedekah. Sedekah adalah sebuah pemberian ikhlas kepada sesiapa makhluk di atas muka bumi ini bagi mendapat redha Allah. Sedekah adalah pemberian yang tidak mendapat balasan secara nyata dari penerimanya. Sedekah adalah sebuah pemberian, pengeluaran sebarang harta atau benda yang paling kita sayangi. Benda paling kita suka dan sayang itulah sebaiknya yang kita sedekahkan. Contohnya baju paling cantik, wang ringgit, makanan paling sedap dan sebagainya.
Dosa terhapus oleh sedekah. Ingatlah sahabat akan pesanan yang indah.
Rasulullah SAW bersabda, Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api. HR Tirmidzi.
Siapalah yang tak suka memberi, betul tak? Kalau kita ada banyak atau sikit wang ringgit, tapi kita suka bersedekah, maka berilah walau pun sedikit.
Baca juga:
Pesanan Indah Untuk Pencinta Sedekah
Sedekah itu memadamkan api neraka. Sedekahmu usah dijaja-jaja, jika itu yang terbaik buatmu.
Allah Taala berfirman: "Perumpamaan sedekah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir 100 biji, Allah melipatgandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas kurniaNya lagi Maha Mengetahui. - surah al-Baqarah:261
Sedekah.. pemadam panasnya kubur. Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang Mukmin akan bernaung di bawah bayang-bayang sedekahnya. - HR at-Tabrani
Sedekah tidak akan membuatmu miskin. Sedekah tidak akan mengurangi hartamu!
Jagalah diri kalian dari API NERAKA! Walau hanya sedekah dari sepotong kurma. ~ HR Bukhari & Muslim
Tiada kerugian bagi orang-orang yang bersedekah. - an Nisa : 9
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.