Resepi Telur Masak Kicap Ringkas, Cepat Dan Sedap. Siapa suka makan telur ayam? Bukan telur itik tau. Ada kawan saya kata, 1 minggu rumah dia boleh habis 3 papan telur. Macam mana tu? Itu bukan bisnes ya, makan sesama anak beranak je. Puncanya.. anak-anak dia kalau lauk tak sedap je, mintak telur. Telur goyang katanya! Hehe...
Nasib baik anak-anak lelaki saya kat rumah tak macam gitu. Padahal dia pandai je masak sendiri. Dia akan makan apa je yang ibunya masak. Tak sedap dia telan je, cuma makan tak banyak la. Kalau sedap, dia makan berpinggan-pinggan..
Resepi Telur Masak Kicap Ringkas, Cepat Dan Sedap
Hari ni sebelum pergi kerja, sempat masakkan si bujang bongsu ni telur mata masak kicap. Di bawah ni saya sertakan resepinya buat rujukan anak-anak bujang saya nanti jika dia orang nak memasak sendiri lain kali.
Bahan-bahan;
8 keping telur mata
5 biji cili padi - diketuk
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 keping kayu manis
1 inci halia - hiris
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit garam, kalau suka nak tambah
Cara memasak telur mata berkicap
1. Tumis segala bahan hiris dan kayu manis sehingga naik bau.
2. Masukkan kicap lemak manis secukupnya. Gaul dengan bahan hirisan tadi. Biarkan mendidih sekejap
3. Masukkan telur mata dan kacau perlahan. Biar semua telur terkena dengan kuah kicap terrsebut.
4. Siap dan sedia dihidangkan dalam mangkuk sesuai.
Sempat juga saya sediakan sayur kacang buncis dengan tahu, masak lemak putih💥✌😅 |
Selamat mencuba. Memang cepat, ringkas dan yang penting sedap!! Saya masak simple macam gini pun si bujang bongsu kata sedap. Haha..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.