Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sarapan Lontong Dengan Kuahnya Yang Sedap

Sarapan Lontong Dengan Kuahnya Yang Sedap. Lontong berkuah atau lontong basah berbeza dari lontong kering. Lontong kering macam-macam tambahan dia seperti daging rendang, ada sayur goreng jawa, sambal kacang, dan lain-lain.

Tapi lontong basah simple je, sambal tumis sikit, kuah lodeh lemak tu, telur rebus dan sambal kacang. Tu je. Tapi asalkan kuahnya sedap, sedaplah lontong kita tu..

Sarapan Lontong Dengan Kuahnya Yang Sedap


Hari Ahad macam ni memang lah vitamin MALAS tu besor sangat. Sampai nak buat breakfast sendiri pun malas. Al hasilnya, saya start enjin kereta dan bawak Black Knight saya ni merayau ke kedai yang menjual breakfast. Haha..

Sarapan Lontong Dengan Kuahnya Yang Sedap

Hasil tuaian pagi ni dapatlah macam-macam, antaranya nasi lemak, LONTONG SEDAP, nasi goreng, mee goreng udang pun sedappp.., tak lupa juga beli pulut kuning berlauk rendang daging.

Sarapan Lontong Dengan Kuahnya Yang Sedap

Nampak tak jelingan nasi lemak di sebelah tu. Bukan saya punya orang lain yang punya.. nanti kalau teringin saya cuitlah sikit. 

Sarapan Lontong Dengan Kuahnya Yang Sedap

Alkisah lontong basah saya, lengkap dengan telur sebiji, kuah lodeh dan sayurnya yang penuh semangkuk. Kuahnya amatlah sedap, berlemak dan harum bau daun limau purut.


Haaa ... yang kat bawah ni adalah hasil pancingan yang saya cakap tadi iaitu pulut kuning. Makan dengan rendang daging. Sedap sangat. Lembut betul pulut kuning dia..


Sarapan Lontong Dengan Kuahnya Yang Sedap

So, kalau you all macam saya tak tahu nak buat breakfast apa tadi, lain kali beli je. Kita pilih yang penting kita bayar. Nak makan apa je, makanlah. Tapi jangan membazir pula ya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close