8 Gambar Idea Sarapan Pagi Dengan Roti. Dah penat cari idea sarapan pagi ini? Macam kami juga, dah tak tahu nak sarapan apa setiap hari hinggakan akhirnya rebuskan telur untuk anak agar dia dapat hadir kelas online dengan bersarapan.. teruk dah tahap tepu kita orang.
So, saya cuba kumpulkan idea bergambar menu sarapan berasaskan roti yang mungkin korang pun nak gunakan sebagai idea sarapan korang. Selamat mencuba. Idea sarapan dengan roti ni on tak on??
Jom cuba : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
8 Gambar Idea Sarapan Pagi Dengan Roti
Sarapan pagi itu penting diambil ya, ada sesetengah pakar pemakanan kata WAJIB ambil sarapan. Ya lah, kan kita nak mula kan hari dari awal pagi, so nak guna kudrat kenalah ada tenaga. Betul tak?
Mari lihat idea bergambar sarapan berasaskan roti yang saya sediakan di bawah..
1. Roti canai dengan kuah kari, dhal dan sambal tumis
Bila saya search kat google tentang sarapan pagi dengan roti, yang paling popular keluar gambar ni.. iaitu ROTI CANAI. Itulah sarapan "rutin" rakyat Malaysia yang paling dicari, paling tidak sekali seminggu. 😅😅
2. Sandwich roti dengan salad dan telur rebus hancur
3. Roti bakar dengan telur mata
Ini pun sarapan kegemaran kita orang. Telur mata sediakan berasingan, bila roti dah siap dibakar, baru tuang atas dia..
4. Roti salut telur dan goreng
5. Roti sapu peanut butter dengan hirisan pisang (sarapan sihat)
Salah satu idea sarapan yang menyihatkan berasaskan roti. Ikut idea masing-masing. Pisang tu kalau nak tukar dengan buah kiwi pun boleh..
6. Roti dengan sapuan peanut butter
7. Roti goreng dengan telur dan sayuran
8. Roti sardin gulung
Roti sardin gulung ni pun antara faveret kat rumah ni. Kalau beli kat luar, satu ketul tu dia orang jual RM1.80 hingga RM2.50 seketul.
Ada lagi menu berasaskan roti untuk sarapan yang anda pernah cuba? Mesti sedap dan simple, betul tak? Sebab sarapan ni, orang suka yang simple tapi mengenyangkan.
Semoga bertambah idea senarai sarapan anda ya!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.