Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Cincin Emas Bajet 916 Pun Pelaburan Juga

Beli Cincin Emas Bajet 916 Pun Pelaburan Juga. Emas ada banyak jenis, ada emas 750, emas 916, emas 999 dan sebagainya. Yang namanya emas, semua orang suka. Sebab warnanya yang kuning berkilauan, memancar-mancar dalam cahaya dan lagi satu ia menjadi lambang ketrampilan kepada wanita. Senang cerita, kita akan anggap orang yang banyak pakai barang kemas ni pasti orang yang "berduit".

Ada benar dan ada juga tidak benarnya pandangan tersebut. Ada yang tidak memakaì emas di tangan tetapi sebenarnya dia ada menyimpan wang tunai dalam pelbagai akaun deposit seperti ASB, Tabung Haji, Public Mutual dan sebagainya. Jangan disangka orang yang tidak memakai sebentuk pun emas di badannya, ia orang tidak berduit! Cuma, cara dan trend menyimpannya berbeza dengan kita.

Ada pula yang suka pakai barang kemas dan menikmati apa yang dibeli dari hasil usahanya berpenat lelah membanting tulang empat kerat selama bertahun-tahun. "Duitnya" kita nampak tetapi mungkin juga dia tidak suka menabung. Tetapi emas yang dipakai setiap hari itulah yang boleh digunakan ketika keadaan memerlukan nanti.

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Beli Cincin Emas Baiet 916 Pun Pelaburan Juga


Sewaktu ada duit lebih sikit, kita beli emas. Sebab menurut kata tauke kedai emas dan seorang ahli perniagaan emas, waktu sesuai nak beli emas adalah bukan ketika harga emas mahal atau murah tetapi ketika kita ADA DUIT. Itulah waktu paling sesuai ya..

Yang lain-lain sebab itu hanyalah sampingan je.

Beli Cincin Emas Bajet 916 Pun Pelaburan Juga

Beli Cincin Emas Bajet 916 Pun Pelaburan Juga

Ini cincin bajet emas 916 yang saya baru beli. Oleh kerana design nya nampak menarik, saya beli pada harga RM458. Tak berat pun, tetapi saya beli sebab ketika ini saya ada duit lebih. Hehe...

Untungnya beli emas berbanding barang lain seperti kereta atau beg tangan adalah, dengan emas kita menang memakai dan menang menjual jika diperlukan. Beli emas kita pakai, setiap hari pun boleh. Bila terdesak kita jual pula. Rasa berbaloi kan? Dah puas pakai, tapi masih berguna saat kita memerlukannya.

Simpanan terbaik buat masa sekarang selain wang tunai adalah emas. Emas tulen, bukan emas tiruan. Ingat tu..

Simpan sikit-sikit, lama-lama boleh dijadikan modal perniagaan pulak. 

Tapi kena ingat, jika emas yang disimpan melebihi had kenaan zakat, maka kita wajib mengeluarkan zakat ke atas emas tersebut. Barulah ada barakah atas simpanan kita itu.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Yang penting emas tulen, memang sesuai untuk pelaburan👍

    ReplyDelete
  2. setuju, saya pun buat macam tu jugak. beli sikit2 untuk di guna/pakai kemudian hari

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close