Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dejavu Satu Kenyataan Atau Sekadar Khayalan?

Dejavu Satu Kenyataan Atau Sekadar Ilusi? Apa itu dejavu? Di eja deja vu atau dejavu, sama sahaja. Ia tetap dejavu. Dejavu adalah  sensasi luar biasa bahawa anda telah mengalami sesuatu, walaupun anda tahu anda tidak pernah mengalaminya.

Dengan ringkasnya deja vu atau dejavu adalah satu keadaan yang mana kita tiba-tiba rasa bahawa kita pernah mengalami situasi yang sedang terjadi sebelum ini. Kita akan cuba mengingat kembali bila dan di mana peristiwa terjadi namun sesuatu seolah-olah menghalang minda kita untuk cuba mengingatinya.

Katakan kita pergi mendayung buat kali pertama. Sebetulnya kita tidak pernah melakukan perkara seperti itu, tetapi tiba-tiba mempunyai ingatan yang berbeza untuk membuat gerakan lengan yang sama, di bawah langit biru yang sama dan dengan ombak yang sama memukul kaki kita. Atau mungkin ketika meneroka bandar baru buat kali pertama dan sekaligus merasakan seolah-olah kita pernah menyusuri laluan pejalan kaki yang dibarisi pokok itu sebelum ini. Pelik kan? Hmm.. dejavu memang pelik.

"Bila perkara seperti itu berlaku kepada saya, saya akan duduk termenung dan siap boleh agak gerakan apa seterusnya yang akan berlaku, dialog yang akan dituturkan pun boleh teka. Memang betul semuanya.. oh deja vu, memang rasa sesuatu.. "


Dejavu Satu Kenyataan Atau Sekadar Ilusi?


Siapa yang mengalami dejavu? Pesakit mental atau orang biasa?


Adakah hanya orang mempunyai masalah mental atau pun sesiapa sahaja boleh mengalami dejavu? Menurut beberapa pakar kesihatan yang saya baca di internet, semua orang boleh mengalami dejavu berdasarkan pengalaman lepas atau pun memiliki kisah lalu yang pernah menghuni otak minda mereka. Tak mengira usia, muda atau tua pun boleh mengalaminya.

Namun ada orang yang perasan mereka sedang mengalami deja vu dan ada pula antara kita cuma perasan seketika tetapi terus melupakannya. Orang kata tak ambil kisah pun, sebab dejavu bukanlah satu penyakit. 

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Dejavu Satu Kenyataan Atau Sekadar Ilusi?


Ada setengah orang sangka dejavu hanyalah hayalan atau imginasi yang berlalu di depan mata. Kita biasa abaikan sahaja dejavu yang dialami dan meneruskan urusan kita yang tertangguh.

Mari kita lihat catatan perkongsian di bawah, yang saya rangkumkan dari pelbagai sumber, seperti dicatat di nota kaki di akhir tulisan ini. 

Kenapa berlakunya dejavu? Apakah puncanya?


Penyelidik tidak boleh dengan mudah mengkaji déjà vu, sebahagiannya kerana ia berlaku tanpa amaran dan selalunya pada orang tanpa kebimbangan kesihatan yang mungkin memainkan peranan. Lebih-lebih lagi, pengalaman deja vu cenderung berakhir secepat ia bermula. Sensasi mungkin begitu sekejap sehingga jika anda tidak tahu banyak tentang dejavu, anda mungkin tidak menyedari apa yang baru sahaja berlaku. Anda mungkin berasa agak tidak tenang tetapi segera hilangkan pengalaman itu. 

Pakar mencadangkan beberapa punca berbeza bagi deja vu. Kebanyakan bersetuju ia mungkin berkaitan dengan ingatan dalam beberapa cara. Di bawah adalah beberapa teori yang diterima secara meluas.

Faktor umur


Déjà vu nampaknya berlaku lebih kerap kepada golongan muda, dan semakin jarang berlaku ketika meningkat usia.

Jantina


Déjà vu berlaku kepada lelaki dan wanita pada frekuensi yang hampir sama.

Sosial


Menurut beberapa kajian, déjà vu lebih lazim dalam kalangan kumpulan sosioekonomi tinggi serta kepada individu yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi.

Perjalanan luas


Individu yang sering melancong, mengembara atau mempunyai perjalanan yang jauh dan luas lebih cenderung untuk mengalami déjà vu. Satu kajian yang dilakukan pada 1967 mendapati bahawa déjà vu berlaku kepada 41% orang yang melakukan aktiviti-aktiviti itu, sebanyak satu hingga empat kali dalam setahun, berbanding 11 % kepada individu yang tidak pernah melakukannya langsung.

Tekanan


Kajian lain menunjukkan bahawa deja vu lebih biasa terjadi tatkala kita letih, tertekan, atau kedua-duanya.

Ubat-ubatan


Ubat-ubatan tertentu boleh meningkatkan kebarangkalian terjadinya deja vu. Kajian yang diterbitkan pada tahun 2001 menceritakan pengalaman seorang lelaki berusia 39 tahun yang sihat secara mental, telah mengalami déjà vu secara berulang ketika mengambil amantadine dan phenylpropanolamine untuk rawatan selesema.

Mengapa sering diserang dejavu?


Seseorang sering mengalami dejavu mungkin disebabkan dia suka sangat berjalan dan mengutip pengalaman di tempat baru, maka fungsi otak dia seakan teringat tempat tersebut.

Selain itu, jika kita sering ke tempat yang sama, kita juga akan sering mengalami dejavu. Sebab itu, bila melalui kawasan yang pernah dilalui, kita seakan mengulangi perbuatan tersebut. Itu yang kadang-kadang kita confuse dengan apa yang sedang berlaku.

Dejavu Satu Kenyataan Atau Sekadar Ilusi?
Gambar : kredit Google

Dejavu menurut Islam


Menurut Sdr Adhwa Adia dalam tulisannya, .. "Deja vu berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud harfiah (already seen), iaitu pernah melihat sebelumnya. Menurut Syeikh Hisham Kabbani, seorang sufi Islam, deja vu terjadi kerana jasad fizikal kita mempunyai hubungan yang sangat erat dengan spiritual yang sudah tertulis di luh mahfudz."

Menurut kajian seorang doktor Mesir, Professor Ahmad Syauqi Ibrahim yang menulis buku berjudul Misteri Potensi Gaib Manusia, deja vu mempunyai kaitan dengan aktiviti manusia ketika sedang tidur. Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa tidur itu ibarat mati sekejap. Baginda Rasul sendiri menyebutkan bahawa tidur itu merupakan satu kematian kerana ketika tidur, tubuh tidak mengandungi roh. Pernahkah kita tertanya-tanya ke mana sebenarnya roh kita menghilang sewaktu kita sedang tidur? Saya sering tertanya-tanya tentang hal ini.

Pendapat Prof. Ahmad Syauqi menyatakan bahawa ketika kita sedang tidur, roh kita keluar daripada tubuh dan menuju ke alam roh, tidak kiralah sama ada masa silam ataupun masa hadapan, tetapi masih berhubungan dengan tubuh badan kita. Saya rasa mungkin itulah sebabnya kadangkala kita pernah melihat mata orang yang sedang tidur bergerak-gerak dan ada juga yang setengah terbuka. Wallahu alam bissawab.

Prof. Ahmad Syauqi membuat teori bahawa roh mampu bergerak dengan sangat pantas, bahkan mungkin lebih pantas daripada kelajuan cahaya. Saat roh kembali ke dalam tubuh, pengalaman yang dialami oleh roh pada masa silam atau masa hadapan kita secara tidak langsung akan tersimpan ke dalam otak. Pengalaman tersebut kadang-kadang akan berulang dalam dunia nyata dan mempengaruhi minda sedar kita.

Untuk pembacaan lanjutnya, anda boleh ikuti pada link sumber yang disertakan di bawah.

Semoga bermanfaat.


Sumber:

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close