Lunch Lauk Kampung Style Tetap Jadi Pilihan. Menu ala kampung kami hari ini. Antaranya ayam masak kari kuah cair, ikan keli goreng berlada dan gulai kuning nangka muda. Bila korang cari lemak nangka muda kat luar, mahal tau. Dua ketul nangka muda pun dah beberapa ringgit. Yang mudahnya, masak sendiri. Nak meratah sayur nangka je pun boleh. Tak siapa marah.
Paceri nenas tu pun sedap dan senang nak buat. Kalau nak resepinya cari je resepi pajeri nenas kat dalam blog ini, pasti jumpa.
Cukup tak tu? Atau ada hidangan ala kampung yang anda suka? Hmm.. nasib baik tadi malas nak goreng ikan masin. Jika tidak entah berapa pinggan kami bertambah.. hehe
Lunch Lauk Kampung Style Tetap Jadi Pilihan
Lunch apa hari ini? Menu apa yang korang hidangkan untuk family? Ada yang rare? Atau masak lauk ikan patin masak tempoyak? Walau apa pun hidangan lunch anda, diharap semuanya sedap-sedap la ya.. hehe
Pajeri nenas dan sayur gulai nangka muda pun dah sedap dan membuka selera.
Kari ayam yang amat sedap, kesukaan kami sekeluarga. Bila buat, memang lebihkan kuahnya. Dan kami akan buat kari yang cair. Best sangat!!
Jom layan menu lauk kampung style cara kami. Lauk masak sikit-sikit je sebab tak ramai orang dalam rumah ni..
Menu ala kampung pilihan kami hati ini:
a) Ayam masak kari
b) ikan keli goreng betlada
c) telur masin
d) pajeri nenas
e) gulai lemak nangka muda
f) sambal goreng jawa
Cukup tak tu? Atau ada hidangan ala kampung yang anda suka? Hmm.. nasib baik tadi malas nak goreng ikan masin. Jika tidak entah berapa pinggan kami bertambah.. hehe
Okay selamat bersantai di hujung minggu, bye!!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.