Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Salam Maulidur Rasul 19 Oktober 2021 Bersamaan 12 Rabi'ulawal 1443 Hijrah

Salam Maulidur Rasul 1443 H Bersamaan 19 Oktober 2021, hari Selasa. Bila sebut maulid rasul, terus ingat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Siapa lah yang tak rindu dan teringin jumpa dengan beliau? Semua orang ada kerinduan masing-masing sampai berdoa nak jumpa dalam mimpi. Ada yang dapat jumpa dalam mimpi, itu rezeki masing-masing. Oh ya.. salam buat semua pembaca blog saya, yang kenal ataupun tidak. Yang penting silaturrahim sesama muslim tetap terjaga walau di mana kita berada. Insya Allah. Oh ya, tema maulidur rasul tahun 2021 bersamaan 12 Rabi'ulawal 1443 Hijrah adalah 'Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti'.

Maulidur Rasul tu apa? Ada yang tak tahu ke? Atau ada yang tak berapa pasti? Maulidur Rasul maksudnya hari kelahiran rasulullah. Hari lahir rasulullah, nabi terakhir untuk umat manusia di muka bumi ini.

Setiap tahun maulidur rasul disambut dengan penuh kesyukuran dan ceramah-ceramah agama yang menceritakan sejarah kelahiran rasulullah, kehidupannya dari kecil hingga dewasa, kisah perjuangan menegakkan syiar islam dan banyak lagi. Memang menginspirasikan sesiapa yang mendengarnya.

Salam Maulidur Rasul 19 Oktober 2021 Bersamaan 12 Rabi'ulawal 1443 Hijrah

(Dan tiadalah Kami mengutus kamu) hai Muhammad! (melainkan untuk menjadi rahmat) iaitu merupakan rahmat (bagi semesta alam) manusia dan jin melalui kerasulanmu. - surah al Anbia' ayat : 107.

Salam Maulidur Rasul 12 Rabi'ulawal 1443 H Bersamaan 19 Oktober 2021


Sempena dengan maulidur rasul yang disambut pada 19 Oktober 2021 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1443 Hijriah, saya kongsikan serba sedikit biodata rasul junjungan kita seperti di bawah:

Biodata Nabi Muhammad s.a.w


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Serba sedikit tentang Nabi Muhammad SAW. Untuk biodata penuh dan kisah kehidupan Rasulullah, anda boleh ke pautan berikut.. Biodata penuh Nabi Muhammad SAW, kisah perjuangan dan Ahli Keluarga.

Apa tandanya jika kita cintakan rasulullah? Hadiahkan al Fatihah selalu dan berselawat ke atas baginda. Setiap selawat kita merupakan syafaat di hari akhirat nanti. Insya Allah..

Semoga kita tidak melupakan untuk berselawat kepada baginda rasulullah sempena hari kelahirannya.

Daripada FB Dato' Dr Zulkifli Mohamad al Bakri, bekas Menteri Agama..  MAULIDUR RASUL DAN SELAWAT Sempena Maulidur Rasul, amatlah digalakkan tanda kita mencintai Rasulullah.  Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW. Antara tanda seseorang cintakan Nabi adalah dengan mengkaji sirahnya dan seterusnya mengikut segala perintah serta meninggalkan larangannya. 

Begitu juga bibirnya sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah SWT: 

 Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙˆَÙ…َÙ„َائِÙƒَتَÙ‡ُ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ النَّبِÙŠِّ ۚ ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا صَÙ„ُّوا عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا تَسْÙ„ِيمًا 

Maksudnya:

 “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzab: 56) 

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani al-Hasani menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW di dalam kitabnya, al-Safinah al-Qadiriyyah. 

Beliau meriwayatkan daripada Ibn Farhun yang berkata: “Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW mempunyai empat puluh dua kelebihan.” Hal ini tertulis di dalam kitabnya Hadaiq al-Anwar. 

Kami nukilkan sebahagiannya seperti berikut: 

● Tanda melaksanakan perintah Allah SWT. 
● Bersama dengan selawat Allah SWT kepada Rasulullah SAW. 
● Bersama dengan selawat para malaikat. 
● Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat). 
● Dikurniakan oleh Allah SWT sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat. 
● Ditulis oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat. 
● Dihapuskan oleh Allah SWT sepuluh kejahatan atas setiap selawat. 
● Segala doa akan diperkenankan oleh Allah SWT. 
● Mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW. 
● Mendapat keampunan daripada Allah serta akan ditutup segala keaiban. 
● Allah SWT akan menutupi segala dukacita. 
● Dikurniakan maqam yang berhampiran dengan Rasulullah SAW. 
● Mendapat darjat al-Sidq. 

Semoga bermanfaat. Salam Maulidur Rasul untuk semua.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close