Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sayur Sawi Putih Dan Sambal Telur Lauk Dinner Kami

Sayur Sawi Putih Dan Sambal Telur Lauk Dinner Kami. Alkisahnya malam tadi, ini je lah lauk yang sempat disediakan. Alhamdulillah, kenyang dan dapat tidur lena sebab perut dah di isi. Kalau perut lapar nak tidur pun tak boleh.. haha, siapa perangai macam saya??

Sambal Telur Lauk Dinner Kami

Walau lauk simple tetapi itulah yang dikatanya sedap oleh si bujang bongsuku.. makan sampai licin pinggan. Budak lelaki ni tak la suka makan sayur tetapi bila kena dengan tekak dia, sayur tu habis diratahnya. 

Sayur Sawi Putih Dan Sambal Telur Lauk Dinner Kami


Sayur Sawi Putih Dan Sambal Telur Lauk Dinner Kami

Sawi putih tumis air, letak bawang merah, bawang putih dan sedikit ikan bilis. Letak jugak sikit cili padi buat rasa pedas sikit. Dah siap. Sedap makan dengan nasi putih panas. Biasanya saya lawankan dengan ikan goreng garing tetapi sebab dah malam ikan lupaa nak keluarkan dari freeze, telurlah jawabnya kita sambalkan dia..

Sayur Sawi Putih Dan Sambal Telur Lauk Dinner Kami

Sawi putih pun banyak khasiatnya. Bagus diamalkan juga oleh ibu lepas bersalin. Termasuklah juga lobak putih, dan sayuran berdaun hijau. 

Makan sayur banyak tak mengapa kerana sayur mengandungi kalori yang sedikit. Dalam menu harian kita, kena lebihkan sayuran dan buah-buahan. Barulah badan rasa sihat dan cergas. Kalau menumis contohnya, letakkan sedikit minyak sahaja, okay..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. setuju, kami pun sama
    kena bagi perut kenyang dulu baru tido
    kalau tidak memalam terjaga sebab lapo

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close