Sedekah Ketika Susah, Bukan Dah Senang Baru Nak Sedekah! Inilah pesanan para ulama dan ustaz-ustaz yang kita sayangi. Tak pernah jemu mereka mengingatkan untuk bersedekah, tak kira dalam apa bentuk pun. Bersedekahlah. Ada seorang hamba Allah ni, saya amat kagumi. Luarannya nampak agak "nakal" dan ada bekas tatoo pada seluruh tubuhnya, tetapi percakapannya lembut dan solat wajib tak pernah tinggal. Dalam kereta dia pun ada sejadah di mana-mana. Kat bonet, di laci dashboard dan juga poket belakang kerusi. Ada je.. memang kagum. Rezekinya selalu melimpah ruah. Jadi satu hari saya bertanya, apa amalannya yang boleh mengubah dirinya yang dahulu kepada keadaan yang sekarang.
Jawabnya, sedekah selagi boleh. Tiap hari jadualnya akan dipenuhi ayat ini, "Nak sedekah apa hari ni?", bukan "nak makan apa hari ini".. saya tulis dan dia cerita sebab kami yang desak dia. Perubahannya memang 360 darjah. Masya Allah ..
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Sedekah Ketika Susah, Bukan Dah Senang Baru Nak Sedekah!
Betul tu, memang benar. Waktu susah tak ada duit ni, bersedekahlah. Walau tinggal RM10, jika ada keperluan bersedekah. Maka sedekahlah. Tak pernah orang jatuh miskin kerana sedekah.
Sedekah juga memudahkan kita mendapat apa yang kita impikan. Dalam doa-doa mu, mengadulah pada Allah. Tentang kesusahanmu, tentang impianmu. Tetapi, bersedekah dahulu, barulah Allah gantikan yang lebih banyak dari itu. Semoga dengan asbab sedekah, ada limpahan rezeki dan kebaikan yang Allah selitkan pada hari mendatang.
Doa malaikat untuk yang gemar bersedekah
Hadis Riwayat Bukhari, "Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, "Ya Allah berikanlah ganti pada yang gemar berinfak (rajin memberi nafkah pada keluarga)."
Malaikat yang lain berdoa, "Ya Allah, berikanlah kebankrapan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah)."
Perbuatan sedekah amatlah mudah. Dan, sedekah juga ada banyak cabang dan bentuk. Contohnya, pagi-pagi sediakan sarapan untuk family dan anak-anak buat mereka happy, sambil dalam hati niatkan sedekah untuk mereka. Itu pun berupa sedekah juga. Buat orang lain happy dan suka dengan masakan kita, itu pun dikira sedekah. Niat jangan lupa, dalam hati je.. 👍👍
Ketika Allah SWT memberikan rezeki lebih kepadamu, JANGANLAH tingkatkan gaya hidupmu, tingkatkanlah sedekahmu!!
Sedekah dapat memadamkan panasnya kubur. Sedekah dapat menghapuskan dosa-dosa kita dan bersedekah juga memasukkan kita ke dalam syurga terbaik.
Namun, ada juga sedekah yang tidak dibolehkan iaitu bersedekah dengan hasil duit haram samada duit curi, duit judi dan lain-lain wang dari sumber yang tidak dibenarkan.
Semoga bermanfaat.
1 Comments
Sedekah dapat menyucikan rezeki kita
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.