Telur Mata Dengan Kicap Lauk Emergency Yang Lazat! Dalam banyak-banyak lauk, mana satu lauk yang akan tercipta ketika emergency? Cuba jawab.. hehe
Bagi saya, lauk emergency paling sedap adalah telur mata dengan kicap. Satu pinggan nasi habis, kita tambah lagi. Betul tak?
Begitulah juga kisah kami hari ni. Boleh pulak semua gerai jual lauk pauk bercuti niaga hari ni. Maka, nak tak nak kena juga masak kan lauk istimewa untuk si bujang bongsu kat rumah tu.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Telur Mata Dengan Kicap Lauk Emergency Yang Lazat!
Alkisahnya lunch tadi saya balik rumah sambil on the way tu nak beli lauk pauk yang biasa dijual di tepi jalan.
Tetapi tak ada rezeki, semua kedai sepakat tutup pulak, meloponglah eden.. kat rumah dah masak nasik dah. Apa nak buat ek?
Maka terhasillah lauk yang amat sedap dalam dunia. Iaitu telur mata dengan kicap. Hmm.. rezeki ni je lah yang duhai anak, kata saya kepada sibongsu yang memang kuat makan. Al maklum budak tengah nak membesar.
Walau setakat telur mata dengan kicap, dia habis sepinggan nasi penuh siap menjilat jari!
Memang lazat lauk telur mata dengan kicap ya tuan-tuan. Dari dulu sampai sekarang, inilah lauk emergency eden sekeluarga. Mudah dan lazat.
Makan tu mesti dengan nasi panas. Memang ngam habis orang kata...
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.