Berapa Kcal Nasi Goreng Telur Sesuai Untuk Sarapan? Selamat berhari minggu kekawan semua, sudah sarapan ke belum? Sarapan jangan di ambil lewat sangat tau, paling sesuai untuk bersarapan adalah antara pukul 7.00 pagi hingga 8.00 pagi. Nak sarapan nasi goreng, boleh je. Tapi kenalah ambil dalam jumlah yang berpatutan sesuai dengan aktiviti kita hari itu. Kalau cadangnya nak lepak-lepak je hari minggu, maka ambil nasi goreng dalam kcal yang dibenarkan. Hehe..
Berapa agaknya kcal yang sesuai diambil untuk sarapan nasi goreng? Adakah kita boleh melantak je sesuka hati? Kalau anda sedang mengamalkan gaya hidup sihat, maka kiraan kcal harian amatlah penting untuk dapatkan hasil yang dikehendaki.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Berapa Kcal Nasi Goreng Telur Sesuai Untuk Sarapan?
Tadi saya masak nasi goreng. Nasi goreng simple dengan hirisan bawang putih, bawang merah, cili padi, telur dan ikan bilis yang ditumbuk.
So, berapa kcal sarapan nasi goreng yang perlu saya ambil??
Kita digalakkan untuk ambil 500 kcal dalam setiap hidangan yang kita ambil, jika kita sekadar buat kerja biasa, kerja ringan je.
Anggaran 500 kcal sama dengan 65 gram gitu. Kalau malas nak timbang, agak-agak sebesar penumbuk kita je jumlah nasi goreng tu. Atau satu mangkuk kecil je.
Untuk 1 cawan teh "O" dengan 2 sudu kecil gula mengandungi lebih kurang 50 kcal. Kalau minum teh 0 yang memang kosong gula, maka tiada kalori ya.
Maka, sebaiknya makan bersederhana dan bukannya makan sampai kenyang. Kalau nak sayur, boleh hiriskan kacang buncis dalam nasi goreng tersebut.
Semoga bermanfaat.
1 Comments
Itulah pengambilan makanan terbaik yang disarankan.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.