Cara Ukur Panjang Dan Saiz Rantai Leher. Nak beli barang kemas dah senang sekarang ini. Banyak kedai emas sudah menggunakan perniagaan online dimana segala ukuran saiz jari, panjang rantai tangan dan rantai leher sudah boleh dilakukan oleh pembeli di rumah.
Banyak cara telah diajarkan dan slaah satunya yang nak saya kongsikan adalah cara mengukur rantai leher mengikut cara di bawah.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Cara Ukur Panjang Dan Saiz Rantai Leher
Ada cara yang mudah untuk ukur saiz panjang rantai leher yang hendak dibeli. Terutamanya jika anda nak beli rantai leher tersebut secara online.
Bahan diperlukan:
1. Tali tape / benang
2. Pembaris ukur berunit cm
3 Pen/ pensel / marker
Cara-cara mengukur:
1. Berdiri tegak menghadap ke arah cermin
2. Letakkan sekeliling tali/ benang di leher sehingga mencapai labuh yang dikehendaki
3. Pastikan hujung tali bertemu atau bertindih dengan bahagian hujung tali juga sehingga boleh membentuk bulatan
4. Tandakan bahagian pertemuan tersebut dengan pensil, marker atau pen
5. Ukur panjang tali tersebut menggunakan pembaris dari mula tali sehingga sehingga bahagian pertemuan yang telah ditanda
Ukuran rantai leher dewasa :
🔹️ Panjang 45cm hingga 75cm
Ukuran rantai leher kanak-kanak:
🔹️ Panjang 38cm hingga 40cm
#sumber : Makmur Gold
Semoga panduan cara mengukur panjang rantai leher dapat memberikan info berguna buat peminat barang kemas khasnya dan pembaca semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.