Doa Mohon Selesai Segala Masalah hidup. Insya Allah, usaha dan doa takkan sia-sia, asalkan kita tidak berputus asa. Putus asa adalah sikap tidak baik dan harus dibuang jauh dari dalam hidup kita. Tak mengapa bangkit berkali-kali kerana kejayaan kemanisan selepas itu, tidak ternilai harganya.
Ingatlah! Kita ada senjata yang amat ampuh iaitu DOA. Allah tidak pernah mengembalikan doa-doa kita tanpa dimakbulkan, cuma bila dan di mana masanya, hanya Allah yang tahu.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Doa Mohon Selesai Segala Masalah Hidup
Anda ada masalah? Tak selesai-selesai walau segala usaha telah dilakukan? Risau, tertekan dan tidak ada jalan keluar?
Berdoalah. Berdoa kepada Allah, mintak Allah SWT selesaikan semuanya untuk kita. Jangan meminta dengan manusia, kelak kita yang akan ditempelak balik. Betul tak?
Amalkan doa di bawah selepas setiap kali solat fardhu.
Wa ufawwidu amrii ilallah.Inallahabasiirum bil'ibad. {Surah Ghafir, ayat 44}
Maksudnya;
"Daku menyerahkan urusanku, kesakitan ku, masalah ku, ujianku, kesempitanku, kebimbanganku, kerisauanku, kesedihanku.. kepada Allah. Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat keadaan hambanya. Aamiin, aamiin yarobbal'alamiin.."
Segalalanya masalah yang kita tanggungi, adukan dan serahkan kepada Alllah. Dialah Pemilik sekalian alam.. semuanya DIA yang berkuasa.
Yakinlah bahawa pada saat yang tepat, Allah akan hadirkan pertolongan dan penyelesaian kepada segala masalah kita.
Jangan risau, okay💖
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.