Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jumlah Kalori Dalam Hidangan Lauk Pauk Kegemaran di Malaysia

Jumlah kalori dalam lauk pauk hidangan utama di Malaysia. Takut betul sekarang ni dengar kajian di Malaysia ramai obesiti kerana pemakanan. Obesiti secara ringkasnya adalah bila berat badan tidak setara dengan tinggi seseorang. Sekali pandang kita boleh tahu seseorang itu obesiti atau sebaliknya. Tanda-tanda nyata seseorang itu obesiti itu tentulah badan yang gemuk, bahagian leher berlapis dan peha besar susah nak jalan. Itu yang kita nampak la..

Ketika kecil kita suka anak--anak nampak tembam, comel dan cute. Tapi bila dah besar, kita nak anak-anak kita kurus pula. Macam mana tu? Salah kita ke? Sebaikna kita berikan makanan sesuai dengan usia anak kita, kerana ibu bapa juga main peranan penting dalam tumbesaran anak-anak.

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Jumlah Kalori Dalam Hidangan Lauk Pauk Kegemaran di Malaysia


Saya kongsikan info di bawah, jumlah kalori dalam setiap hidangan lauk pauk kegemaran rakyat Malaysia. Oleh kerana makanan di Malaysia ni semua sedap-sedap, maka kita kena sedar diri sewaktu nak makan. Tak boleh makan ikut nafsu, nanti menangis kemudian hari. Susah tau nak turunkan berat badan!!

Jumlah Kalori Dalam Hidangan Lauk Pauk Kegemaran di Malaysia

Kategori: Lauk Pauk



1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori













Lauk pauk kegemaran di atas semua hari-hari kita makan, kan? Ayam goreng kegemaran anak-anak, telur goreng pulak kita akan masak kalau dah boring dengan lauk pauk yang dah biasa tu.. 

Sambal udang tu pulak memang sedap, makan dengan nasi putih panas atau ratah gitu je, tapi kalori dia tu setengah cawan je dah 70 kalori. Hmm.. kena makan berpada-pada ya.

Semoga info ini bermanfaat kepada kita semua.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close