Nasi Ayam Penyet Sedap Di R&R Dusun Panti. Mungkin rasa agak pelik kan Dusun Panti tu kawasan mana? Ia terletak di sepanjang jalan nak ke Mersing, iaitu sebuah R&R kecil yang boleh jadi tempat kita "buang hajat" atau minum air panas buat menghilangkan letih selama pemanduan.
Anda boleh menikmati sarapan seperti lontong, nasi lemak dan karipap di R&R Dusun Panti yang diuruskan oleh Koperasi Kakitangan Felcra (KKF) ini.
Set nasi ayam penyet yang sedap dengan sup yang menepati citarasa kami. Sambal hijau dia pun sedap, tapi bukan macam sambal tomato.
Ada hirisan tempe dan tauhu goreng. Ulaman dia adalah timun dan kobis.
So, sesiapa yang melalui jalan Jemaluang - Kota Tinggi ni bolehlah singgah ya..
Alkisah, tadi hantar si bujang bongsu balik asrama, sempat singgah makan dan minum seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Oh ya, lokasinya... ia terletak di tengah-tengah antara Jalan Jemaluang - Kota Tinggi, Johor
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Nasi Ayam Penyet Sedap Di R&R Dusun Panti
Kami order nasi ayam penyet serta 3 gelas air. Alhamďulillah, dapat nasi ayan penyet yang sedap, di mana ayamnya lembut dan senang dikunyah.
Kenyang perut senang hati, tapi kemudian mengantuk la pulak. Nasib baik kita jadi co-driver je, boleh lah membuta seketika. Hehe..
Gambar dalam restoran dan gambar luar R&R Dusun Panti, ehsan R&R Dusun Panti.
Selamat menjamu selera!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.