Nasi Putih Ayam Thai Menu Lunch Yang Awesome!! Makan lunch dengan menu ready to eat, beli-beli, bayar dan makan. Haha.. sesekali apa salahnya. Menu nasi putih dengan ayam Thai memang first time saya makan.
Ada banyak versi nasi ayam Thai yang viral tu, tetapi saya suka yang versi nasi putih je. Sebab sos sambal Thai dan ayam yang diperap dan panggang pun dah cukup sedap bagi saya.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Nasi Putih Ayam Thai Menu Lunch Yang Awesome!!
Mana datangnya ayam Thai tu? Sebenarnya ayam panggang yang disiram dengan sos hijau Thai dengan rasa yang amat sedap. Saya pun tak pasti sos Thai tu apa baham-bahannya. Nanti saya cari info dan share kat sini ya..
Nampak tak sambal hijau tu, itulah sos yang disiram di atas ayam Thai tu. Ayam suku bahagian tu dimasak lembut (panggang) dengan rasa madu dan rempah-rempah lainnya.
Kemudian uolls perahkan limau nipis tu kat atas ayam. Fuhh!! Sedapnya masya Allah. Salad dan timun yang rangup pula menjadikan menu lunch kita lebih seimbang.
Oh ya berkaitan sos sambal Thai tu, saya dah cari kat Google.
Antara bahan-bahan nak buat sos sambal Thai adalah seperti berikut:
10 biji Cili padi merah Thai - ditumbuk halus
5 ulas Bawang putih - dihiris/ cincang halus
2 sudu besar - sos ikan Thai
1 susu besar kicap pekat
Segenggam daun ketumbar - cincang halus
Gula melaka ketul - sagat halus, kalau tak ada, tukar gula putih pun boleh
1 sudu besar perahan lemon @ limau secukupnya
Semua bahan-bahan di atas di campurkan sekali dan rasa, biar seimbang.
Dah siap! Lepas ni korang boleh buat sendiri nasi putih ayam Thai yang sedap ni.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.