Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Rantai Tangan Dan Cincin Emas Sebagai Hadiah Harijadi 2021

Beli Rantai Tangan Dan Cincin Emas Sebagai Hadiah Harijadi 2021. Setiap 4 hb Disember, saya akan membuat satu impian. Tahun ni, impian saya lain sikit.. Impian saya tak lah besar sangat tetapi saya teringin sangat nak buka kedai emas. Yang kecik-kecik pun tak apa, yang penting impian itu tercapai. Semoga impian saya pada hari kelahiran hari ni boleh jadi kenyataan, dengan izin Allah.

Orang kata bermimpi itu free. Jadi, saya bermimpikan menjadi tauke kedai emas.. hehe. Tak apa la, kita cuba jadikan mimpi itu satu kenyataan. Insya Allah..

Beli Rantai Tangan Dan Cincin Emas Sebagai Hadiah Harijadi 2021

Beli Rantai Tangan Dan Cincin Emas Sebagai Hadiah Harijadi 2021

Beli emas sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Sambil membeli, sambil kita ambil ilmu tentang jual beli emas, mana tahu berguna satu masa nanti. 
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Beli Rantai Tangan Dan Cincin Emas Sebagai Hadiah Harijadi 2021


Happy birthday to me!! Selamat harijadi kepada diri sendiri. Semoga menjadi hambaNya yang terbaik di antara yang terbaik!!💥💐🎂🍰🍟🌭

Yeay, alhamdulillah. Allah SWT masih pinjamkan lagi usia kepada saya untuk terus menjalankan tanggungjawab dan amanah kepadaNya sebagai seorang hamba.

Sempena birthday tahun ni, sata hadiahi diri sendiri barang kemas. Tak mahal pun, yang penting penghargaan kepada diri sendiri yang telah berkerja keras selama ini.

Beli Rantai Tangan Dan Cincin Emas Sebagai Hadiah Harijadi 2021

Beli Rantai Tangan Dan Cincin Emas Sebagai Hadiah Harijadi 2021

Cincin cetak LV yang comel dan cute. Tak berat pun, ada dalam 3.94 gram. Oleh kerana coraknya yang agak comel, saya pun beli untuk koleksi peribadi. Jika nak simple je, saya pakai buat basahan.. 

Rantai tangan yang dipanggil Memorable Tiffany Bracelet, beratnya 16.16 gram. Nampak agak rare, saya pun beli. Sebagai hadiah harijadi untuk diri sendiri. 

Kalau ditanya pada En suami dan anak-anak, mereka tak berminat. Haha.. saya beli atau tidak.. mereka semua tak de perasaan.. dah nasib badan sebab sayalah satu-satunya ratu di rumah. 

Barang kemas ni kita beli, kita pakai. Kalau dah bosan atau nak guna duit lebih kita boleh trade in kat kedai emas. Tak rugi pun, ia sebagai pelaburan jangka panjang.

Simpanan terbaik adalah dalam bentuk wang tunai dan emas. Rumah, kereta, tanah.. itu semua memang bagus juga dijadikan simpanan tetapi ia bukan aset mudah cair yang boleh kita tukar ganti sehari dua. Ia memerlukan masa dan kos yang banyak untuk urusan mencairkannya. Renungkanlah!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close