Berdoa Dengan Asmaul Husna as Sabuur. As Shabuur @ Sobuur maksudnya Maha Sabar / Sangat Sabar / Maha Penyabar – Dia tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
Maka berdoalah dengan asmaul husna as Shabuur ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah. Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.
Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)
Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik). – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | As Shabuur
1. Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:
2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:
Ya Shabuur = 100 kali
Ertinya :
As Shabuur @ Sobuur maksudnya Maha Sabar / Sangat Sabar / Maha Penyabar – Dia tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
Fadhilat asmaul husna as Shabuur
a) Jika dizikirkan ‘Ya Shabuur’ sebanyak 100 kali setiap hari sebelum tebit matahari, InsyaAllah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan.
b) Sesiapa yang berzikir ‘Ya Shabuur’ sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum matahari tebit, InsyaAllah musuhnya tidak akan mengeluarkan perkataan buruk terhadapnya.
c) Asma‘Ya Shabuur’ ini dibaca setiap masa terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.
d) Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ‘Ya Shabuur’ ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
e) Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut ‘Ya Shabuur’ 3,000 kali , InsyaAllah ia akan terselamat
f) Sesiapa menzikirkan ‘Ya Shabuur’ 1,020 kali setiap hari, InsyaAllah akan dilenyapkan segala kesusahan. Keamanan dan kesejahteraan akan diperolehi serta kelegaan akan dinikmati.
Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.
3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:
4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.
Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...
Semoga bermanfaat.
Rujukan:
Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...
Semoga bermanfaat.
1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
2. Shafiqolbu.wordpress.com
3. Blog Ibnu Hasan Site
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.