Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kuatlah Seperti Selalu..

Kuatlah Seperti Selalu. Kebiasaan yang engkau pamerkan, walau tak selalunya jujur, kuatlah demi dirimu sendiri. Sentiasa kuat di hadapan mereka yang lemah, itulah kekuatanmu! 

Ujian datang bukan untuk melemahkan, sebaliknya ia mahu mengangkatmu menjadi seorang yang kuat. 

Sentiasa kuat di jalanan berduri, sentiasa tabah dengan liku dilalui, kerana Allah dah janji, orang yang sentiasa diuji, itulah orang yang paling disayangi.

Kuatlah Seperti Selalu..

Orang yang kuat akan selalu dapat membuka jalan keluar kepada setiap masalah yang dihadapi. Dia tidak patah semangat, bersangka baik kepada takdir yang tertulis. 

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Kuatlah Seperti Selalu...


Biasanya kamu kuat, seharusnya lah begitu. Walau siapa pun kamu, seorang ibu atau ayah, seorang guru atau pekerja swasta, seorang ibu atau bapa tunggal.. kuatlah!!

Keadaan terkadang tidak menyebelahi, ada ketika merentap kesabaran hati. Teruslah kuat demi yang menunggumu. Di satu sudut, mungkin ada yang biasa melihatmu kuat, mereka ikut kuat. Mereka tidak melihat kelemahanmu, kerana engkau sembunyikan di balik kekuatan. Besar manfaat yang engkau tinggalkan.

Kuatlah Seperti Selalu..

Teruslah kuat seperti selalu, kerana ia amat positif, untuk dirimu, dia atau orang sekelilingmu..

Mungkin anak-anakmu tidak tahu, kamu sedang tersungkur lelah lemah menjalani hidup. Tetapi, kerana engkau tunjukkan kekuatan itu di mata mereka, mereka akan ikut kuat dan jadi kuat sepertimu!

Bersyukurlah! Dalam lemah tak berdaya, kamu masih mampu tersenyum. Itulah tanda kuatnya kamu.

Kerana aku tahu, mereka pun tahu.. kita hanya mengadu lemah di hadapanNya. DIA Yang Maha Kuat. Semoga DIA hulurkan pertolongannya, membantu mengangkat semangat yang luruh itu, terus kuat di mata manusia yang lemah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close