Sardin Masak Suhun Berkicap. Saya memang jarang masak sardin kat rumah jika anak-anak tak ada. Sebabnya, saya akan migrain jika makan sardin. Tak tau kenapa, mungkin sebab angin kut, tapi jika anak-anak pulang bercuti, saya masakkan untuk mereka. Jika nak makan pun, pada hari tidak bekerja. Kalau migrain menyerang, boleh lah tidur sekejap.. hehe
Selamat mencuba resepi yang mudah ini. Jika biasanya anda buat sardin cara biasa, kini cuba pula sardin masak suhun dengan kicap.
Kali ni saya masak sardin dengan suhun, dan dicampurkan dengan kicap lemak manis untuk rasa yang lebih sedap.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Sardin Masak Suhun Berkicap
Sedap tau masak sardin dengan suhun dan kicap. Tak pernah cuba? Meh cuba resepi yang saya share di bawah.
Bahan-bahan:
1 tin sardin - saiz besar
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 ulas halia - hiris kasar
8 tangkai cili padi merah - hiris
1 keping asam keping
Garam secukupnya
1 bungkus kecil suhun - rendam seketika
Kicap lemak manis Jalen secukupnya
1/2 cawan air
Cara Menyediakan Sardin Masak Suhun Berkicap
1. Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan air. Biar seketika
2. Tuangkan sardin dan gaul rata. Kemudian, Masukkan asam keping.
3. Masukkan kicap lemak manis secukupnya. Kemudian, baru masukkan suhun yang telah direndam tadi. Biar seketika hingga mendidih.
4. Perisakan dengan garam.
Siap untuk dihidang. Makan dengan nasi putih panas-panas. Lauk lain tak perlu, dah sedap dah ni. Anak-anak pun suka...
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.