Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Terima Kasih Kerana Sejambak Bunga Ungu Ini!

Terima Kasih Kerana Sejambak Bunga Ungu Ini! Saya memang peminat warna ungu, dan di rumah pun ada lavender yang hidup subur menghiasi pasu. Pohon lavender itu saya tanam kerana minatkan bunganya yang berwarna ungu.. 

Lavender ungu - Mengenakan pakaian dengan warna lavender akan menampakkan sisi keanggunan dan kemewahan seseorang. Bila dijadikan sebagai hantaran atau hadiah, bunga lavender memiliki makna kemurnian dan keberuntungan.

Bunga lavender mempunyai warna ungu yang sangat feminin. Di Eropah, warna ungu adalah warna yang dianggap mewah dan merupakan warna yang banyak digunakan oleh kerajaan.

Warna lavender ungu adalah lambang kejayaan dan kemewahan. 🤩🤩

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Terima Kasih Kerana Sejambak Bunga Ungu Ini!


In advance, rakan dan sahabat telah menghadiahi saya sejambak baby breath @  Gypsophila paniculata  ungu sempena Disember - bulan kelahiran saya!

Baby breath ungu dan putih - lambang kekaguman pada seseorang, cinta sejati dan dedikasi.

Terima Kasih Kerana Sejambak Baby Breath Ini!

Terima Kasih Kerana Sejambak Lavender Ini!

Bunga ungu lambang kekuatan wanita. Seorang yang teguh mendepani cabaran, pandang ke depan dan membina impian hidupnya dengan cekal.

Terima Kasih Kerana Sejambak Lavender Ini!

Terima Kasih Kerana Sejambak Lavender Ini!

Selamat hari lahir kepada wanita seluruh dunia, khasnya kelahiran bulan Disember. Kita adalah pejuang, yang berjuang tanpa kenal lelah!

Tatkala maruahmu diperlekeh, abaikan saja. Walau pencinta ungu ini hatinya rapuh tetapi jiwanya kekal teguh! Tiada susah payah dan usaha yang dibalas kosong oleh Allah SWT.

Terima Kasih Kerana Sejambak Baby Breath Ini!

Percayalah, terjatuh berkali-kali itu lumrah nya perjuangan.. walau dalam apa bidang sekalipun. Nanti bila bangkit, kamu menjadi permata yang tak ternilai harganya.

Kita jadi seperti lavender ya.. walau baunya tidak wangi tetapi setiap kelopaknya menerbangkan bahagia kepada sesiapa, bila dihembus angin.

Selamat Hari Lahir Disemberian!! 💥💥

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close