Zikir Hari Selasa - “Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi wa’ala alihi wasohbihi wasallim.” Zikir hari isnin adalah selawat ke atas Nabi SAW.
Mudahnya nak dapat pahala iaitu hanya dengan berzikir. Berzikir tak perlu waktu tertentu, dalam berbaring, tengah memandu, tengah makan sekalipun, masih boleh berzikir. Amalan zikir tak semesti kena laung kuat-kuat, tunjuk semua orang. Tidak ya kekawan. Cukup sekadar antara dirimu dengan Allah. Yang Maha Mendengar, walau kamu hanya membacanya di dalam hati sahaja. Mudah kan? Jomlah kita berzikir.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Zikir maksudnya mengingati Allah. Ia dilakukan berulang-ulang menyebut dan memuji Allah Yang Maha Besar, Pengasih dan Penyayang. Jika kita kasihkan Allah, percaya segala takdir yang ditimpakan ke atas kita adalah atas kehendak dan rencananya, maka ketepikan sedikit masa untuk mengingatinya bersungguh-sungguh dengan berzikir. Paling tidak, selepas solat fardhu, bacalah 33 kali zikir tersebut. Jika ada 5 waktu, anda dah buat 165 kali dengan mudahnya. Senang kan?
Bacalah zikir, ia akan membantu anda dalam banyak perkara.
Berzikir selawat kepada Nabi juga boleh menghapus dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Baik dosa itu yang sengaja atupun tidak, mengucapkan zikir Selasa dengan istiqomah boleh menghapus dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Amalan zikir hari Selasa juga membantu sahabat muslim terhindar dari berbagai tipu muslihat syaitan yang boleh menjerumuskan kita ke lembah dosa. Amalan zikir ini mampu menghindarkan dari segala godaaan syaitan yang hanya akan merugikan diri sendiri dan orang lain.
Fitnah dunia merupakan suatu khabar kebohongan yang sangat kejam kerana mampu menimbulkan banyak salah sangka. Jika kita ingin terlindungi dari fitnah dan gangguan jiran tetangga atau orang-orang di sekitar, amalkan saja zikir selasa ini.
Apabila kita merasa rezeki sedang sukar dan dalam keadaan kewangan yang cukup sukar, maka amalan zikir Selasa boleh membukakan jalan rezeki kepada kita. Selawat kepada Nabi terus menerus mampu membukakan rezeki seluas-luasnya kepada kita, insya Allah..
Jadi, apa amalan yang menenangkan hati tetapi mudah je nak buat. Tak perlu modal, tak payah pergi jauh-jauh untuk nak merawat hati yang risau tanpa sebab. Apa caranya? Ya... dengan berzikir maka hati jadi tenang.
Zikir Hari Selasa - Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi wa’ala alihi wasohbihi wasallim
Marilah sama-sama kita buat amalan yang mudah ini sebagaimana yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali, tak ada had masa dan tak perlu tempat istimwewa. Cukup dengan hati yang ikhlas dan penyerahan jiwa kepada Yang Maha Berkuasa.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْنَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Maksudnya : Ya Allah, berilah selawat kepada penghulu kami Muhammad, hambaMu dan utusanMu Nabi yang ummi (tidak boleh membaca) dan kepada keluarga baginda dan sahabat baginda berserta salam sejahtera.
Bacalah 1,000 kali sehari
Bacaan zikir, Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyyi wa’ala alihi wasohbihi wasallim yang dibaca berulang kali setiap hari sepanjang hari Selasa, insya Allah akan memberikan kita ketenangan, semua rencana berjalan dengan mudah dan Allah membantu kita menyelesaikan segala masalah.
Zikir boleh diamalkan bila-bila sahaja atau hari apa sekalipun. Namun asbab disenaraikan zikir Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyyi wa’ala alihi wasohbihi wasallim sunat dilazimi dibaca pada hari Selasa supaya kita dapat membahagikan ia mengikut masa yang kita sempat. Namun jika dalam satu hari kita mampu membaca semua zikir yang diharuskan itu, maka amalkanlah semampu kamu.
Fadhilat berzikir Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyyi wa’ala alihi wasohbihi wasallim
Antara fadhilatnya:
Menghapus Dosa Kecil
Berzikir selawat kepada Nabi juga boleh menghapus dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Baik dosa itu yang sengaja atupun tidak, mengucapkan zikir Selasa dengan istiqomah boleh menghapus dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Terhindar dari Godaan Syaitan
Amalan zikir hari Selasa juga membantu sahabat muslim terhindar dari berbagai tipu muslihat syaitan yang boleh menjerumuskan kita ke lembah dosa. Amalan zikir ini mampu menghindarkan dari segala godaaan syaitan yang hanya akan merugikan diri sendiri dan orang lain.
Terhindar dari Fitnah Dunia
Fitnah dunia merupakan suatu khabar kebohongan yang sangat kejam kerana mampu menimbulkan banyak salah sangka. Jika kita ingin terlindungi dari fitnah dan gangguan jiran tetangga atau orang-orang di sekitar, amalkan saja zikir selasa ini.
Dibukakan Pintu Rezeki
Apabila kita merasa rezeki sedang sukar dan dalam keadaan kewangan yang cukup sukar, maka amalan zikir Selasa boleh membukakan jalan rezeki kepada kita. Selawat kepada Nabi terus menerus mampu membukakan rezeki seluas-luasnya kepada kita, insya Allah..
Fadhilat dan kebaikan berzikir
Ada banyak kebaikan dan fadhilat apabila kita berzikir memuji dan menyebut nama Allah walau di mana kita berada. Saya ringkaskan seperti di bawah:
1. Allah sentiasa mengingatinya
2. Menghalau syaitan
3. Menanam rasa syukur
4. Menambah cinta kepada Allah
5. Membersihkan hati
6. Membuang kebimbangan
7. Mendapat kebaikan di dunia
8. Mendapat ganjaran dari Allah
9. Mendapat kebaikan di akhirat
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang luas dan banyak kepada kita semua. Jika sebelum ini kita malas nak buat, tak tahu nak susun zikir kita, maka diharap mulai sekarang kita dah mula bergerak. Kita ni pendosa yang nak ke syurga, jika tak dapat menandingi amalnya ulamak, jadilah kita seorang pendosa yang menangisi kisah silamnya dan mengharapkan ampunannya.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.