Beli Kundang Madu, Dokong & Longan Organik. Selain dari itu, kami beli jugak jambu air madu, limau barli dan buah keranji. Pernah makan buah keranji?? Ini first time buat kami, sedap jugak la. Tapi isinya kecik je sebab buahnya pun bersaiz kecil. Kulitnya warna hitam dan isinya warna kuning ke oren.
Dah lama tak makan buah-buah tempatan. Sekarang ni bila ada yang berjualan, kita pun beli lepas rindu. Tak lama lagi musim durian lagi, yang hantu durian tu bersiaplah! Hehe..
Jambu air madu kegemaran bujang kecilku. Sekali hadap habis 5 biji. Kalau dah suka, makan la nak..
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Beli Kundang Madu, Dokong & Longan Organik
Buah longan organik ni besar saiznya, tebal isinya dan manis rasanya. Manis sangat! Kalau ada kencing manis, jaga-jaga ya.
Buah dokong pula dijual pada harga RM10 per kilogram. Kalau musim buah dokong dah banyak, harga boleh serendah RM5 per kilogram. Memang dah rezeki kami, dapat buah dokong yang manis dan segar. 💥💖
💥💥💥 KHASIAT BUAH DOKONG
Buah keranji yang berwarna hitam tu, isinya kuning. Rasanya masam masam manis. Bila dikemam isinya, ada biji kecik je dalamnya., yang itu kena buang la, jangan di telan..
Kundang madu kuning oren, saiz comel je. Kita makan dengan kulit sekali, basuh bersih. Manis tak terkata. Alhamdulillah. Minggu lepas baru je sebut-sebut, dah dapat makan hari ni. Tapi harga tengah mahal, iaitu RM35 sekilogram. Dapatlah dalam 17 biji gitu..
Tapi kalau teringin sangat, boleh beli dan makan sikit-sikit. Hehe..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.