Dinner Western Style, Homemade Burger Dan Fries @ Kentang Goreng. Setelah puas makan nasi dan lauk pauk kampung, kali ni dinner kita makan western style dengan kentang goreng. Semuanya buat sendiri. Daging burger di sediakan oleh si bujang bongsu ku. Dah pandai masak macam abangnya. Style penyediaan daging burger ikut cara yang diajarkan oleh si abang. Memang idol betul nampaknya. Cuba kalau ibu dan ayah yang ajar, tak mau dia ikutnya.. 😅😅
Untuk rasa daging burger yang sedap, bubuh maggi seasoning atas daging tu. Sewaktu daging dah separuh masak atas kuali leper, cucuk-cucuk daging sebelum nak bubuh maggi seasoning di atasnya, supaya perisa tu serap dalam daging. Sewaktu proses masak daging burger tersebut, bau dia sedap dan harum sangat. Rasanya pun awesome!!
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Dinner Western Style, Homemade Burger Dan French Fries
Walau western style, salad @ sayur mesti kena lebih. Barulah ada keseimbangan kat situ. Betul tak? Burger homemade kami simple je, ada telur mata kat tengah-tengah tu..
Makan sebiji burger homemade tu pun dah kenyang. Lepas tu makan sepiring french fries @ kentang goreng. Alhamdulillah. Nikmat Allah yang mana nak kamu dustakan? Bersyukurlah, kelak Allah tambah lagi rezeki kita.
Okay, happy dinner..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.