Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Pedas Berapi. Masak apa dinner korang? Tapau atau masak sendiri? Kalau masak sendiri, kita geng 😅😅 kalau tak sempat masak nak buat macam mana, kan? Kadang-kadang jalan jem pun boleh jadi sebab kita tak sempat masak lauk untuk dinner.
Kami makan berlaukkan ikan kembung masak lemak cili api. Pedas kaw gitu!
Pedas tapi sedap cili api ikan kembung ni. Pedas-pedas pun sempat anak bujang bongsu saya ni hirup kuah dia.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Pedas Berapi
Nak cuba buat resepi ikan kembung lemak cili api pedas berapi?? Boleh ikuti resepinya di bawah.
Bahan-bahan:
6 ekor ikan kembung, dibersihkan
1 biji bawang besar merah - kisar
3 Ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
15 tangkai cili padi merah - kisar
10 tangkai cili padi hijau - kisar
2 sudu kecil serbuk kunyit - kisar sekali
2 batang serai - dititik
Garam dan gula secukupnya
1 kotak santan - dibancuh dengan air secukupnya
1 keping asam keping
Cara penyediaan ikan kembung masak cili padi pedas berapi
1. Panaskan minyak. Tumis segala bahan kisar bersama dengan serai hingga naik bau
2. Tambahkan sedikit air jika bahan kisar pekat sangat
3. Kemudian masukkan ikan satu persatu. Biarkan seketika
4. Masukkan santan dan kacau rata. Kacau perlahan sebab isi ikan kembung tu lembut ya, takut nanti ikan hancur
5. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka
6. Kecilkan api, biar mendidih sekejap. Kemudian matikan api. Siap untuk dihidangkan buat keluarga.
Siap dah lauk kita malam ni iaitu ikan kembung masak lemak cili padi. Pedas tak terkata weii, kena. sediakan air di sebelah ya. Kalau you all tak suka pedas, maka kurangkan jumlah cili padi tersebut.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.