Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenapa Dividen KWSP Simpanan Patuh Syariah Lebih Rendah?

Kenapa Dividen KWSP Simpanan Patuh Syariah Lebih Rendah? Anda boleh baca penjelasannya sepertimana di bawah. Dah tukar kepada simpanan patuh syariah? Saya sudah. Anda bila lagi? Tak usah kita dok risau dividen rendah atau tinggi, apa yang penting simpanan kita dilaburkan kepada saham dan perniagaan yang patuh syariah. 

Dividen KWSP biasanya diumumkan dalam bulan Februari setiap tahun. Contohnya, dividen KWSP tahun 2021 bakal diumumkan dalam bulan Februari 2022.

Contoh perbandingan dividen KWSP Antara Simpanan Konvensional Dan Patuh Syariah.

Kenapa Dividen KWSP Simpanan Patuh Syariah Lebih Rendah?
 
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Kenapa Dividen KWSP Simpanan Patuh Syariah Lebih Rendah?


Simpanan patuh syariah KWSP mula diperkenalkan pada tahun 2016. Semasa pembukaannya, hanya lebih kurang 700 ribu pencarum KWSP menukar kepada simpanan patuh syariah. 

Ada yang bertanya mengapa dividen simpanan patuh syariah lebih rendah berbanding simpanan konvensional? 

Ini adalah kerana aset Syariah tidak terdedah kepada sistem perbankan konvensional global seperti bank-bank global dan syarikat insurans global.

"Sektor inilah yang mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2017," kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dalam satu sidang media.


Beliau berkata, sebilangan besar bank global tidak mempunyai model kewangan patuh syariah justeru, pulangan pelaburan dari sektor ini tidak boleh disalurkan ke dalam dividen Simpanan Syariah.

"Banyak susut nilai yang berlaku adalah pada saham patuh Syariah , terutamanya saham syarikat minyak dan gas serta telekomunikasi, khasnya di Bursa Malaysia," tambahnya.

Sejak diumumkan pada Jun 2016, 705,485 orang pencarum telah memilih untuk menukar simpanan mereka ke Simpanan Syariah, dari kira-kira 14 juta jumlah pencarum KWSP.
Dari RM100 bilion yang dikhasnya untuk Simpanan Syariah, hanya RM68 bilion telah dilanggan sejak 20 bulan lalu. (Sekarang jumlahnya mungkin telah bertambah).

“Sebenarnya sambutan ini selaras dengan jangkaan kami. Kami menyediakan RM100 bilion pada 2016 sebagai langkah bersedia sekiranya permintaan jauh melebihi jangkaan kami,” kata Shahril.

Katanya selepas Simpanan Syariah diperkenalkan, KWSP mendapati wujudnya dua golongan pencarum yang mempunyai dua keutamaan tersendiri.

“Sewaktu ia mula dilancarkan, kumpulan 700 ribu orang yang menukar ke Simpanan Syariah ini adalah mereka yang menitikberatkan konsep patuh Syariah.

“Mereka tidak begitu risau dengan jumlah dividen, mereka hanya mahukan produk yang patuh Syariah,” katanya.

Jadi, sebagai seorang muslim sejati, kita pilihlah simpanan yang patuh syariah bukan pulangannya yang dalam bentuk material itu.

Bukankah keberkatan harta itu yang penting? Insya Allah, Allah permudahkan jalannya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close