Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lauk Kari Ayam Special Untuk Hidangn Tengahari

Lauk Kari Ayam Special Untuk Hidangn Tengahari. Special tang mana tu? Hehe.. masak special untuk budak tengah exam kat rumah, PdPR katakan.. kita bagi semangat pada dia agar buat exam dengan bersungguh-sungguh. Hari ni hari ke lima exam dan subjek agak susah iaitu Bahasa Melayu. So, saya ambil cuti sebab nak bagi dia moral support dan paksa dia buat latihan yang telah saya sediakan. Masa menanda jawapan soalan exam yang lepas-lepas tu, masa itu lah kita komen kenapa dia silap situ sini. Budak-budak remaja kita kena guide, jangan lepaskan je.. nanti dia buat sesuka hati. Nak betulkan dah susah. Tak apa, sebagai ibubapa kita berkorban sikit ketika waktu-waktu sukar begini. Betul tak?

Jangan lupa explain kenapa dia kena dengar panduan yang kita bagikan, kata kat depa yang kita sayaang dia orang, tak nak dia orang terbabas dan sebagainya. Alhamdulillah, dah banyak kali saya ambil cuti bila anak-anak exam, maka hasilnya amat membanggakan. 

Sekiranya anak-anak berada di asrama, saya pun bercuti sewaktu dia orang exam terutamanya exam besar dan final exam. Kat rumah ibubapa boleh buat solat hajat, berdoa, dan redha akan segala yang kita dah bagi pada anak-anak. Maafkan mereka.. itu akan jadi pemudah dan penenang hati anak-anak yang jauh tersebut.

🎉🎉 Tengah exam pun dia boleh kata, sedapnya bau kari ibu masak.. haha 🌹🎈


Lauk Kari Ayam Special Untuk Hidangn Tengahari

Lauk Kari Ayam Special Untuk Hidangn Tengahari

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Lauk Kari Ayam Special Untuk Hidangn Tengahari


Kalau you alls tak ada idea nak masak apa untuk anak-anak, boleh je masak lauk kari ayam macam saya. Anak-anak pasti suka.

Sambal masak tadi, si anak yang tengah exam pun boleh kata, "sedapnya bau kari ibu.." hehe

Lauk Kari Ayam Special Untuk Hidangn Tengahari


Oleh kerana stok sayur dah habis, maka saya gantikan daun salad dan timun sebagai sayur. Enak juga tau.. hehe

Lauk Kari Ayam Special Untuk Hidangn Tengahari

Oh ya, saya masak guna pressure cooker. Sekejap je, 12 minit dah masak. 

Lepas tumis bahan-bahan semua, saya masuk ayam dengan kentang. Bubuh garam dan gula siap-siap. Air ala kadar je, jangan banyak sangat. 

Lepas dah masak, buka pressure cooker, keluarkan kentang dan pressure cooker set pada stir fry. Baru masuk santan. Kacau rata, perisakan lagi, kalau dah okay.. off kan periuk. Siap!!

Baru masuk kentang semula dalam periuk. Jika tidak, hancur kentang tadi. 

Lauk Kari Ayam Special Untuk Hidangn Tengahari

Buah mangga susu pula sebagai pencuci mulut. Alhamdulillah untuk rezeki anak yang exam hari ni. Kita tumpang rezeki dia orang je. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close