Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Simpanan Tetap Seorang Mukmin

Simpanan Tetap seorang muslim. Sebagai seorang mukmin sejati, ia asalnya adalah seorang muslim juga. Setiap muslim mesti berniat jadi seorang islam yang beriman (mukmin) dan bertaqwa kepada Allah SWT. Untuk mencapai tahap mukmin sejati, kita hendaklah berpegang kepada rukun iman sebagai ketaqwaan kepada Allah.

Apakah simpanan tetap seorang muslim dan mukmin sejati? Dalam bentuk harta benda, wang berjuta kah? Adakah dalam bentuk tinggi gelarannya di dunia? Apakah simpanan tetap yang jadi jaminan kehidupannya sentiasa tenang, bahagia dan kaya di dunia hingga akhirat?

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Simpanan Tetap Seorang Muslim


Inilah dia simpanan tetap seorang muslim yang mukmin. Yang sentiasa tawaduk dan bersangka baik kepada PenciptaNya.

Simpanan Tetap Seorang Mukmin


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya Ilmu (berguna) yang diajar dan disebarkan, atau anak yang soleh yang ditinggalkan (memohon istighfar dan berdoa untuknya), atau al-Quran yang diwariskan, atau masjid yang ia bina, atau rumah yang ia bina untuk ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan), atau sungai yang ia alirkan (untuk orang lain), atau sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya pada masa ia sihat dan masa hidupnya, semuanya akan mengiringinya setelah meninggal" (HR Ibnu Majah No: 238) Status: Hadis Hasan.

Pengajaran:

Amalan seorang Mukmin yang akan berterusan ganjaran pahalanya walaupun pemiliknya telah meninggal dunia antaranya:

1.  Ilmu berguna dan bermanfaat yang diajar dan disebarkan kepada orang lain: melalui lisan seperti ceramah juga tulisan dalam bentuk buku, artikel, jurnal, termasuk dalam bentuk e-book, dalam FB, Laman Sesawang mahupun telegram dan whatsapp.

2.  Anak soleh yang ditinggalkan, ia berdoa dan memohon keampunan untuk ayah dan ibunya.

3.  Al-Quran yang diwariskan berbentuk mushaf atau yang diajar

4.  Masjid yang dibina

5.  Rumah yang dibangunkan untuk musafir yang terputus bekalan

6.  Sungai yang dibina untuk manfaat manusia dan makhluk lain

7.  Sedekah yang kita lakukan ke atas harta semasa kita sihat dan semasa hidup sama ada dalam bentuk wakaf, derma, mahupun sedekah.

Marilah kita berusaha melakukan semua amal solleh di atas agar ia menjadi simpanan tetap yang faedah keuntungannya akan berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close