Betapa Hebatnya Pahala Sabar, 90 kali disebut di dalam Al Quran. Betapa hebat jadi seorang yang penyabar. Orang yang sabar menunjukkan tinggi adab dan akhlaknya. Dan, sabar juga sebahagian daripada iman.
Bersabar ketika diuji dan diberi nikmat, insya Allah besar ganjarannya menanti kita samada di dunia ataupun akhirat.
Sabda baginda Rasulullah di dalam satu hadis maksudnya; Iman itu dua bahagian; satu bahagian sabar dan satu bahagian lagi adalah syukur - [HR Baihaqi:9264].
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Betapa Hebatnya Pahala Sabar
Saya ambil pesanan indah ini dari IG Neelofa dan kongsikannya kepada pembaca dalam blog ini, moga ada kebaikan kepada kita semua.
Ustaz kata, setiap hari kita mesti rasa syukur pada diri kita. Walau kita diuji dengan dugaan bertimpa-timpa pada hari itu. Maka, bersyukurlah kita telah dipilih Allah untuk tetap dalam agama Islam.
Bagi orang-orang yang sabar, ketahuilah betapa hebatnya pahala sabar, 90 kali disebut dalam al Quran. Allah sediakan mahligai yang di bawahnya mengalir air sungai.
Sebagaimana cantiknya doa Ebit Lew,
"Ya Allah, jika ada pahala aku bersabar, hadiahknlah untuk ibuku tersayang."
Orang yang sabar itu tinggi darjatnya di sisi Allah. Selagi boleh bersabar, bersabarlah! Ambil masa bertenang, tarik nafas dan lupakan yang tidak mendatangkan faedah kepada kita.
Orang sabar ni Allah sayang tau.. 💖
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.