Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Buah Naga Merah Dan Khasiatnya

Buah Naga Merah Dan Khasiatnya. Buah naga ada 2 jenis iaitu buah naga isi merah dan putih. Oh ya, ada juga isi ungu. Ada isi warna lain ke? Kalau ada, anda boleh komen di bawah ya..

Buah naga banyak khasiatnya. Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Buah Naga Merah Dan Khasiatnya


Zat atau khasiat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. 

Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.

Pernah makan buah naga isi merah? Bagaimana rasanya? Manis dan berlemak ke? Memang gitulah yang saya rasa, buah naga merah yang mana rasanya manis sederhana. Bagi pesakit diabetes boleh je kalau nak merasa..

Buah Naga Merah Dan Khasiatnya

Oleh kerana isinya teramat lembut, saya tidak potong buah naga kecil atau dadu, saya makan terus guna sudu. Alhamdulillah.. sedap dan isinya halus sangat. Mungkin saya beli buah naga isi merah yang sudah terlebih masak, maka isinya terlalu juicy! Nak rasa dari kulit dia pun tak boleh, kerana buah naga yang dah masak pun, pegang di kulit tetap keras. 


Cantik kan warna isi dia? Merah menyala! Kalau yang tak biasa makan buah naga, dia orang pun tak nak makan buah naga merah ni. Kami dah biasa makan, dari sejak buah naga mula di tanam secara meluas di Malaysia 15 tahun dulu 🤩🤩

Buah Naga Merah Dan Khasiatnya

Buah Naga Merah Dan Khasiatnya

Oleh kerana saya ada membeli buah naga yang agak banyak, maka saya buat smoothies buah naga untuk anak bujang. Makan pulak dia, bila seketul kita bagi dia makan, dikatanya pelik. Alahai anak oh anak!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close