Burger Ayam Special Yang Murah Dan Sedap. Kerja nak makan je, sebab apa? Lapar lah.. hehe, kalau dah kenyang kita pun stop makan. Okay✌😀. Teringin makan burger ayam dan meatball. Jalan-jalan kat Grab Food, nampak ramai seller jual burger. Ada burger hispter yang berharga RM29.00 seketul tau. Tu mesti besar burger dia dan boleh makan 3 - 4 orang sekaligus. Kan?? Kalau jadi korang, sanggup ke makan burger besar tu sorang-sorang? Mesti tak habis nanti, membazir pulak. Ada ketika burger hispter ni luaran dan appearance dia nampak terliur, tapi bila dirasa.. hmm ke laut dalam perginya. Akhirnya terbiar tidak dimakan. Jadi, berpada-padalah bila nak order fast food yang berteraskan hipster menu ni..
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Burger Ayam Special Yang Murah Dan Sedap
Dalam hujan gerimis dan perut lapar, tapi tak nak makan nasik, maka order kat Grab Food, cari burger atau makanan simple. Bila time waktu malam, banyak pulak orang jual burger kat Grab Food tu. Jadi rambang mata.. hehe
Maka, kita cari yang murah dan variety fast food dia banyak. Akhirnya order:
🌠Burger ayam special
🌠Meatball + funfries
🌠French Fries
🌠Obelong kambing
Jom layan gambar makanan yang kita order seperti dibawah.
Burger ayam special, memang special! Daging ayamnya besar + tebal dan rasa rempahmya. Bukan kosong semata. Dibalut dengan telur. Ada sayur dan cheese. Terbaiklah!!
Dalam balutan tu, obelong kambing. Pun sedap dan murah. Saiz pun sesedap dan cukup untuk kita orang. Boleh kongsi 3 orang tau..
Gambar bawah adalah meatball + fries, ada 8 ketul meatball dan kentang goreng. Harga RM8.50. Murah kut! Biasa kami beli meatball dengan fries harga cecah RM12.00. Sos blackpepper dia sedap sangat. Lain kali kalau order, saya akan order lebih untuk sos blackpepper dia. Haha..
Semoga pilihan menu kita orang untuk dinner simple boleh dijadikan idea makan-makan korang dengan family. Kalau rasa dah jemu makan nasik setiap hari, boleh cuba makan burger & meatball pulak. Ya dak??
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.