Cara Masak @ Guna Cengkih Sebagai Alternatif Perubatan. Ada yang tak kenal dengan cengkih? Dari dulu lagi cengkih telah digunakan dalam bidang masakan dan juga sebagai penawar alternatif kepada sesetengah penyakit. Bila sebut cengkih apa yang anda bayangkan? Rasanya? Baunya? Atau rupanya?
Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.
Cengkih merupakan sejenis rempah yang berasal dari Pulau Moluku. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Cengkih adalah pokok jenis malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga. Maka, bunga cengkih itulah yang selalu kita guna dalam masakan terutamanya ketika memasak sup, kari, nasi beriani dan banyak lagi.
Selain membantu mengatasi batuk berkahak, kesan antinyeri dan antibakteria pada cengkih berkesan untuk mengatasi tekak gatal.
Caranya, rebus cengkih dalam satu sudu teh, dan minum airnya dapat membantu menghilangkan rasa gatal saat radang tenggorak melanda.
Masalah Haid -
Mari kita kenali serba sedikit info berguna tentang cengkih. Nama saintifik bagi bunga cengkih ialah Eugenia aromatica.
Pokok cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 - 250mm. dan suhu 15 - 38 darjah Celcius. Tanah yang paling sesuai baginya ialah tanah gembur yang mengandungi humas dan tanah laterit.

Cara Guna Cengkih Sebagai Alternatif Perubatan
Tahukah anda bahawa bunga cengkih boleh dijadikan penawar kepada pelbagai penyakit seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi. Namun ia alternatif perubatan selain perubatan yang disahkan oleh pakar.
Jadi, bagaimanakah cengkih boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita?
Cengkih untuk melegakan batuk atau tekak gatal
Caranya, rebus cengkih dalam satu sudu teh, dan minum airnya dapat membantu menghilangkan rasa gatal saat radang tenggorak melanda.
Cengkih dalam meredakan masalah haid
Masalah Haid -
1) Rebuskan sepuluh kuntum bunga cengkih, lima biji limau purut dan sepotong nanas batu. Amalkan minum air rebusan ini, suku gelas sebanyak dua kali sehari. Kedatangan haid akan teratur, hentikan setelah darah haid berhenti.
2) Rebuskan 3 liter air, tiga biji limau purut, 11 kuntum bunga cengkih dan tawas sebesar jari telunjuk hingga mendidih. Minum airnya setelah dingin ketika tiba masa haid.
3) Giling lumat sebuku ibu kunyit, ketumbar, buah pala, jintan hitam, bunga cengkih, kiambang dan daun seri gading. Rebuskan ramuan tersebut sampai mendidih. Tapiskan air rebusan tersebut sebelum meminumnya. Amalkan dua atau tiga kali seminggu.

Namun, setelah menggunakan cengkih sebagai alternatif perubatan, sakit masih berterusan... dapatkan nasihat pakar agar masalah sebenar anda dapat dikenalpasti.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.