Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Nak Menang Dari Ikatan Syaitan DiWaktu Subuh

Cara Nak Menang Dari Ikatan Syaitan DiWaktu Subuh. Alhamdulillah. Dah menang lagi hari ini? Di pagi ini? Berpagi-pagianlah kamu kerana di waktu pagi Allah membagi-bagi rezeki kepada hambaNya. Siapa yang bangun awal pagi sebelum subuh dan sempat melakukan solat sunat seminima 2 rakaat, maka dia telah menang pada pagi tersebut. Menang dan lepas dari belenggu syaitan yang mengikat kita semasa tidur.

Cara Nak Menang Dari Ikatan Syaitan DiWaktu Subuh
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba


Cara Nak Menang Dari Ikatan Syaitan DiWaktu Subuh


Apabila pagi kita rasa malas sangat nak bangun untuk beribadah dan solat subuh, sebenarnya ada yang mengikat dan membelenggu kita. Siapakah dia? Iaitu syaitan durjana yang kerjanya menyesatkan umat manusia!!

Pengajaran:

1.  Syaitan akan sentiasa bekerja untuk menggoda dan menyesatkan manusia pada setiap masa.

2.  Pada setiap malam ketika seorang Muslim tidur, syaitan akan membuat ikatan ditengkuk orang yang tidur dengan tiga lapis yang boleh membuat jiwa seseorang kotor dan malas.

3.  Rasulullah SAW mengajar cara untuk melepaskan ikatan tersebut:

a.  Segera bangun awal sebelum subuh dengan membaca doa

اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ الَّØ°ِÙŠْ Ø£َØ­ْÙŠَانَا بَعْدَ Ù…َا Ø£َÙ…َاتَÙ†َا ÙˆَØ¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ النُّØ´ُÙˆْرِ

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan (membangunkan) kami setelah mematikan (menidurkan) kami dan kepada-Nyalah kami dibangkitkan" 

b.  Bangun membersihkan diri serta berwuduk

c.  Lakukan solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat. 

4.  Orang yang melaksanakan solat sunat sebelum masuk waktu subuh (solat malam) secara umumnya akan melaksanakan ketiga-tiga amalan di atas.

Jangan biarkan tali syaitan itu mengikat kita hingga menyebabkan kita menjadi malas. Pastikan setiap kali bangun tidur, ketiga-tiga tali ikatan dibuka dengan amalan diatas agar kita sentiasa bersemangat dan rajin melakukan amal soleh.

Insya Allah, jika kita melaksanakan panduan dan nasihat di atas, kita dapat meleraikan diri dan menang dari ikatan syaitan. 

Kuatkan semangat, teguhkan diri dan iman melawan diri dari godaan syaitan yang direjam.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close