Kuarantin di rumah atau Home Surveillance Order (HSO) yang saya jalani dari 18/3/2022 sehingga 22/3/2022 telah pun tamat! Yess!! Leganya rasa, dapat keluar rumah dan hirup udara segar. Al kisah kenapa saya kena HSO adalah kerana anak bongsu saya positive covid-19 @ C19. Dengan 2 dos suntikan, dia kena kuarantin 7 hari. Saya pula kontak rapat dengan symptom, pun kena kuarantin 5 hari je sebab dah ada dos penggalak. Jika sekiranya saya tidak bergejala, saya tak perlu kuarantin pun. Nasib baik en suami tak bergejala jadi dia tak perlu kuarantin. Ada juga orang boleh diharap pergi kedai atau tapaw makanan. Haha..
Leganya rasa bila dah habis kuarantin, alhamdulillah.. "Nikmat TuhanMu yang manakah nak kau dustakan??"
Alhamdulillah, beribu syukur kepada Allah SWT yang telah membantu kami melalui musibah ini dengan jayanya.
Akhirnya Kuarantin Di Rumah (HSO) Completed!
Jika anda kuarantin di rumah (HSO), pastikan dalam mySejahtera profile anda ada sijil tersebut dari KKM. Heading dia warna merah. Rujuk gambar bawah...
Ia adalah sebagai tanda anda di arahkan oleh KKM untuk duduk di rumah sahaja, bukan suka-suka okay! Takut tak nak pergi kerja, suka-suka inform boss kata HSO. Bukti kena ada then kalau tak kerja bukan dikira ponteng!
Dan, dalam masa 5 @ 7 hari kuarantin (yang mana berkenaan), anda memang kena betul-betul duduk dalam rumah saja, bukan waktu malam merayap ngeteh dan scan sana sini. Itu pun majikan akan pantau, kalau mereka tak percayakan anda lah!
Setiap hari kena jawab soalan ringkas kat mySejahtera, dalam "Things to do", kalau uolss terlupa dah tengahari tak update soal jawab tu, depa akan hantar reminder.
Dalam kuarantin bersama dengan positive C19, anda kena sentiasa sanitize semua tempat atau barang digunakan oleh pesakit C19 ni. Makan berasingan dan sentiasa guna pelitup muka samada waktu masak, mengemas rumah dan di mana saja ruang yang mungkin ada virus tersebut. Dah macam klinik kesihatan dah rumah ni.
Jika anda bergejala, ambil segala ubatan yang dibenarkan, vitamin C, ubat batuk, pil booster dari farmasi, minum air suam, ambil air lemon dan banyak lagi, sama seperti pesakit C19 buat.
Walau anda tidak positive C19, tetapi menjaga orang yang positive, serasa anda pun macam sakit jugak! Malam tak boleh tidur, hidung ikut tersumbat, demam dan batuk pada hari pertama hingga ke 3. Memang itu waktu-waktu kritikal.
Akhirnya pada hari ke 5, HSO tamat dan sekali lagi test, saya tetap negative. Alhamdulillah. Rujuk gambar bawah. Siap ada chop mohor "COMPLETED!!"
Pada hari ke 5 ini juga, satu rumah buat self test dan semuanya negative. Syukur Ya Allah.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.