Beli bag tangan lagi sebagai terapi diri. Sewaktu saya order handbag ni, saya sedang kuarantin untuk 5 hari sebab anak bujang positive Covid-19. Kerana saya bergejala, maka report kat mysejahtera, dan kuarantin. Anak bujang pulak kena kuarantin 7 hari. Redha lah sama-sama. Dah jadik macam klinik kesihatan dah rumah ni, sepanjang masa saya guna mask, kecuali dalam bilik sendiri. Penat tau kalau ada kes positive, satu rumah kena sanitize sendiri, setiap masa. Lepas guna tandas, lepas guna cawan pinggan mangkuk dan segala baju yang dia guna, semua kena sanitize. Minum air suam dan lemon sepanjang masa. Vitamin C, booster pills for covid-19 patient dan segala perubatan yang perlu.. semua ada dan kami makan. Nasib baik si ayah tak bergejala, dialah yang ke sana sini beli barang.
Okeh dah bereskan budak kena Covid, kita pulak shopping online la beli beg. Sebagai hadiah untuk diri sendiri. Hehe..
Dapat email dari Averand Sdn Bhd yang beg Coach Mollie Tote Strawberry Haze saya telahpun dipos. Kalau guna poslaju pos pada 21/3/2022, berapa lama agaknya sampai ya? Biasa kan dia orang guna J&T atau mana-mana servis pos yang lain.
Beli Coach Mollie Tote Strawberry Haze Hadiah Untuk Diri Sendiri
Dapat email dari Averand Sdn Bhd yang beg Coach Mollie Tote Strawberry Haze saya telahpun dipos. Kalau guna poslaju pos pada 21/3/2022, berapa lama agaknya sampai ya? Biasa kan dia orang guna J&T atau mana-mana servis pos yang lain.
Tak pa, kita tunggu la ya. So saya draf pos ni pada 21/3/2022. Nanti saya update perkembangannya ya...
Rupa beg Coach yang saya beli, rasa ni beg ke 10 saya beli jenama ni. Sebab apa saya suka beg jenama Coach, kerana poket di dalamnya tak serabut dan kualiti jahitan bahagian dalam beg amat kemas.
Warna bag berbeza mengikut pencahayaan atau kamera digunakan. Just accept a little bit of color difference, okay ✌
Macam biasa, bag tote ni simple je. Tak ada tali panjang untuk laraskan, cuma untuk sangkut di bahu. Bahagian dalam simple, luas dan senang campak barang bagi orang perempuan macam saya. Segala mak nenek ubat semua nak kena sumbat, memang sesuai!!
Harga RM698. Ada juga kat seller luar yang jual pada harga RM750 - RM770. Yang itu mungkin ada ekstra tali crossbody dan jenis leather yang lain.
Rasanya dalam tahun 2022, ini first time saya beli handbag baru. Kiranya pencapaian terbaik juga la, hehe.. jika tidak sebulan sekalj beli bag. Last hujung tahun 2021 saya beli beg Bonia. Itu pun baru pakai sekali.
✅ Baca juga : Beli Bag Bonia Monogram Black
Jika anda serupa macam saya, yang suka beli handbag, its okay. Yang penting belilah guna duit sendiri. Tapi make sure you all dah settle kan hutang piutang yang ada.. ada extra money barulah beli sesuatu untuk hadiahkan diri sendiri.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.