Beli Cincin Dari Habib Jewels - HABIB Oro Italia Rebecca White and Rose Gold Ring, 916 Gold. Dia memang emas 916 tetapi ada hiasan white dan rose gitu. So warna dia takkan kekuningan semuanya. Saya beli sebab rekaannya yang comel dan simple. Dengan jari saya yang "runcing" sangat, cincin ni nampak kecil je. Tak kisah la, yang penting dapat beli apa yang kita suka.
Dalam banyak-banyak perhiasan emas, saya lebih suka simpan atau pakai cincin dan rantai tangan. Koleksi cincin emas pun dah banyak, satu masa nanti saya nak beli cincin berlian yang sudah saya simpan reka bentuknnya dalam kepala. Haha..
Beli Cincin HABIB Oro Italia Rebecca White and Rose Gold Ring, 916 Gold
Cincin ni comel je sayang-sayang sekalian, berat sekitar 2.80 gram je. Tapi harganya boleh tahan iaitu RM980.00.
Gambar hiasan dari Habib Jewels |
Ini bukan kali pertama saya beli barang kemas di Habib Jewels. Pernah beli cincin emas, emas 750 dengan design yang cantik dan unik. Tetapi sebab berpindah rumah, cincin tu hilang tak dapat dikesan. Rasa terkilan sangat!!
Tak mengapalah, tak rezeki saya masa tu..
Pembelian emas di Habib adalah kerana saya tertarik dengan design cincin berlian yang dijual di kedai emas tersebut. Dalam hati ada juga saya simpan impian nak beli cincin berlian atau gelang berlian satu hari nanti.
Semoga ada rezeki dan impian itu termakbul.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.