Blueberry Tart Yang Sedap Dan Lembut. Puasa belum raya pun belum, tapi kami dah teringin makan kuih tart. Biasa beli tart dengan Azlina Ina dan Mamasab. Dah banyak kali beli, memang tart dia orang antara yang terbaik.
So kali ni kami beli dengan agen Mamasab pulak, yang sentiasa ada stok walau kita nak beli pada hari ahad. Baru betul meniaga macam tu, sentiasa ada stok jika pelanggan memerlukan dalam masa terdekat.
Sedapnya bluberry tart ni sebab dia guna premiun butter, menggunakan pewarna vanila & blueberry untuk kulit tart tu, menaikkan bau harumnya. Kalau you all makan inti jem dia tu rasa masam blueberry lebih kuat di samping jem asasnya daripada nenas. Memang yummy la!!
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Blueberry Tart Yang Sedap Dan Lembut
Korang macam saya jugak ke cari cookies tak kira masa, tak tunggu raya? Rasa nak makan cari je kat grup jual makanan, pasti ada yang menjualnya.
Selain blueberry tart dan cookies cheese, kami pun beli brownies. Dah berulang kali beli brownies drizzled dari Mamasab ni. Rasa dia memang ummph!
Dengan saiz tu, cukup untuk kami 3 beranak, penggemar coklat yang sejati.
Tapi nak makan benda manis-manis ni tak boleh selalu sangat. Bahaya untuk kesihatan.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.