Cucur Bawang Rangup Yang Amat Simple. Biasa cucur bawang kami akan buat basic je iaitu tepung, bawang dan garam. Bancuh dengan air. Sebab anak-anak tak makan kalau ada benda pelik dalam cucur bawang tu contohnya jika ada cili, daun sup, daun bawang dan sebagainya. Kalau rajin saya akan letak tauge juga, jadi rangup krup krap cucur tu. Itu anganan la.. tapi sekarang saya dah tau. Buat cucur bawang bagi dua bahagian. Untuk anak, saya letak bawang je. Dah siap goreng cucur bawang basic tu, baru saya tambah segala bahan yang lain untuk tekak saya dan encik suami pulak. Okay kan??
BAHAN-BAHANNYA:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
3 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
2 biji bawang besar, saiz sederhana, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam
Sos atau sambal tumis untuk dimakan bersama cucur
1. Dalam satu bekas, masukkan bawang, daun sup, cili merah, cili hijau dan ikan bilis. Tambah garam secukup rasa (anggaran 1 sudu teh). Gaul rata. Masukkan telur, gaul lagi dan tambah tepung gandum dan tepung beras. Kacau rata.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis. Rehatkan sekejap. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kacau adunan tadi, sudukan 1 sudu besar penuh dan tuangkan ditepi kuali (tuang biar sebahagiannya jatuh dalam minyak panas). Buat beberapa cucur bawang untuk sekali goreng dan setiap satu kaedahnya sama, dituang tepi kuali.
3. Perlahan-lahan, jatuhkan cucur ke dalam minyak panas dan goreng hingga kuning keemasan pada setiap bahagian. Angkat dan toskan.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Resepi Cucur Bawang Rangup Giler!
Kebiasaan cucur bawang saya tak letak tepung beras, tapi ada terjumpa satu resepi tu dia tambah tepung beras, jadi saya cuba. Memang rangup kejadiannya. So, uolss boleh ikut resepi di bawah ni..
Oh ya, kalau tak de menu apa nak buat masa berbuka puasa.. saya akan buat cucur bawang iaitu menu legend sepanjang zaman!
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
3 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
2 biji bawang besar, saiz sederhana, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam
Sos atau sambal tumis untuk dimakan bersama cucur
CARA MEMBUAT CUCUR BAWANG RANGUP
1. Dalam satu bekas, masukkan bawang, daun sup, cili merah, cili hijau dan ikan bilis. Tambah garam secukup rasa (anggaran 1 sudu teh). Gaul rata. Masukkan telur, gaul lagi dan tambah tepung gandum dan tepung beras. Kacau rata.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis. Rehatkan sekejap. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kacau adunan tadi, sudukan 1 sudu besar penuh dan tuangkan ditepi kuali (tuang biar sebahagiannya jatuh dalam minyak panas). Buat beberapa cucur bawang untuk sekali goreng dan setiap satu kaedahnya sama, dituang tepi kuali.
3. Perlahan-lahan, jatuhkan cucur ke dalam minyak panas dan goreng hingga kuning keemasan pada setiap bahagian. Angkat dan toskan.
4. Buat sampai habis dan boleh hidangkan bersama sambal tumis atau sos pilihan anda..
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.