Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa-Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Hujan Turun

Doa-Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Hujan Turun. Bila hujan turun mesti kita suka, sejuk sikit muka bumi milik Tuhan ini. Tetapi jika hujan berterusan sehingga membawa mudarat, ia dikira musibah jika menyebabkan banjir dan kerosakan pada seisi alam. Jadi, dalam apa jua pemberian Allah, kita syukuri dengan lapang dada. Ada yang mengeluh bila hujan turun, sebaliknya sebagai muslim yang bersangka baik, kita digalakkan berdoa sewaktu turunnya hujan.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Insya Allah, yang baik-baik saja yang Allah kurniakan kepada kita. Apa jua yang berlaku adalah dengan izinNya. Nak bernafas pun kita pinjam udara milik Allah. Apa yang kita ada? Hanya harapan dan doa, senjata kita yang utama.
Ada banyak doa yang boleh dibaca ketika hujan turun. Membaca doa ketika hujan turun adalah salah satu waktu mustajab doa. Semoga hujan yang turun adalah hujan yang membawa manfaat kepada setiap makhluknya di atas muka bumi ini.

Doa-Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Hujan Turun. Minggu ini hujan di beberapa tempat di Malaysia. Ada satu hari tu, hujan turun sepanjang hari, dengan keadaan pandemik covid-19 yang belum nampak penurunannya. Keadaan semakin sukar, stress, dan macam-macam lagi yang membuatkan keadaan nampak kurang menceriakan. Semua orang terkesan dengan keadaan ini tetapi usahlah kita beralah. Usahlah kita patah hati. Kita semua diuji sebab Allah sayang! 

Dalam keadaan cuaca yang agak lembap dan sejuk ini, di mana hujan turun dengan lebatnya di beberapa tempat, marilah kita mengamalkan beberapa doa sepertimana di bawah ini agar wabak dan penyakit ini Allah musnahkan terus dari muka bumi ini.




Doa-Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Hujan Turun


Antara doa yang boleh diamalkan sebagai usaha kita memohon rahmat dan perlindungan Allah SWT daripada sebarang musibah dan bencana yang tidak diingini;

1. Doa Hujan Yang Bermanfaat


ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ

“Ya Allah turunkanlah pada kami yang bermanfaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

2. Turunkanlah Hujan Untuk Tumbuhan


ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok- pokok.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

3. Mohon Hindari Dari Kemurkaan


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ, وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ, وَفَجْأَةِ نِقْمَتِكَ, وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari lenyapnya nikmat-Mu, dari beralihnya keselamatan (yang merupakan anugerah)-Mu; dari datangnya siksa-Mu (bencana) secara mendadak, dan dari semua kemurkaan-Mu. (HR. Muslim)

4. Allah Yang Maha Berkuasa


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Hadith riwayat Abu Dawud, no. 5088, at-Tirmizi, no. 3388, Ibn Majah, no. 3869, Ahmad, no. 497)

5. Doa berlindung dari musibah


اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ 

Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa. (Muttafaqun ‘alaih)

Semoga doa-doa yang boleh diamalkan ketika hujan turun seperti dikongsikan, dapat memberikan kita manfaat dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Ingatlah! Allah tak pernah meninggalkan kita walau dalam keadaan susah dan senang.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close