Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kek Kukus Pelangi Yang Moist Sukatan Cawan

Kek Kukus Pelangi Yang Moist. Nak dekat raya ni bolehlah cuba buat kek pelangi kukus pula, ya tak? Hmm.. puasa dulu, baru raya ya, jangan terbalik pulak. Raya dulu terus terlupa yang wajib iaitu berpuasa di bulan ramadhan. Puasa mengajar kita erti sabar dan faham kehidupan orang yang lebih susah daripada kita. Berpuasa juga menjadikan kesihatan kita bertambah baik, saling membantu golongan yang susah. 

Baiklah. Marilah kita tengok resepi kek kukus pelangi, yang indah berwarna warni dan pastinya sedap dimakan bersama family.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Resepi Kek Pelangi Kukus Yang Lembap Sukatan Cawan

Oleh: Azie Kitchen

Di bawah ini rupa kek kukus pelangi yang saya kongsikan dari blog Azie Kitchen. Nampak sedap sangat, kan?

Kek Kukus Pelangi Yang Moist Sukatan Cawan

Rupa-rupanya nak buat kek kukus pelangi tidaklah susah. Ikut arahan daripada cara membuatnya, jadilah pelangi tu... hihi


Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)

1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor (guna 1/2 cawan aje tapi tetap manis)
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar serbuk koko (tak guna pun)
1 sudu kecil esen vanila
2-3 sudu besar susu segar (saya guna 1 sudu besar)
Sedikit pewarna yang disukai


Cara cara menyediakan kek kukus pelangi moist:


1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.

3. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

Nota: Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Ikut resepi tu, dia tak gunapun tapi kek tetap lembut. Saya guna 1 sudu besar jer susu segar.

Selamat mencuba!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close