Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mana Lebih Cantik? Emas Atau Berlian?

Mana Lebih Cantik, Emas Atau Berlian? Kedua-duanya saya suka. Emas dan berlian adalah cinta hati wanita kerana wanita sungguh berharga! Emas amat bernilai diwaktu susah dan ketika kita memerlukan wang tunai. Manakala berlian 'tak ternilai' harganya kerana ia bukan dibeli untuk dijadikan modal balik. Ia cantik dipakai sampai bila-bila dan boleh diwariskan kepada anak cucu nanti. Namun bagi syarikat-syarikat besar dunia, mereka membeli berlian paling mahal untuk dijadikan satu pelaburan jangka panjang. Orang yang berniaga berlian pasti tahu menilainya.

Mana Lebih Cantik, Emas Atau Berlian?


Hmm.. susah nak buat pilihan ni. Saya suka kedua-duanya. Setiap ciri dan nilainya ada kelas tersendiri.

Tapi kalau dibanding harga, berlian amatlah mahal berbanding dengan emas. 

Mana Lebih Cantik? Emas Atau Berlian?
Cincin Berlian - gambar hiasan

Mana Lebih Cantik? Emas Atau Berlian?
Cincin emas - gambar hiasan


Perbandingan emas dan berlian:

1. Berlian tak mudah pecah atau rosak, manakala emas amatlah lembut dan mudah tercalar

2. Berlian asli akan bersinar bercahaya samada dalam terang atau gelap, manakala emas pula kurang bersinar kecuali dalam pencahayaan yang cukup

3. Emas mudah menyerap panas sementara berlian asli akan tetap dingin @ sejuk walau semakin lama dipanaskan

4. Berlian tidak ada calar walau lasaknya kita bila membuat kerja. 

5. Berlian tidak memiliki bentuk yang jelas berbanding emas di mana ia akan di bentuk mengikut kehendak penggemarnya

6. Berlian paling tinggi nilainya biasanya memiliki satu dari tiga warna ini, iaitu merah muda, biru atau kuning. Jadi, kena berhati-hati bila membeli berlian, dan kalau boleh lihat dulu sijil pengiktirafan berlian tersebut. Emas pula dah nyata warnanya kuning keemasan. 😅

Namun begitu, penggemar emas ni dari semua peringkat usia tak kira muda atau tua. Kerana harganya yang dikira masih munasabah berbanding berlian.

Contohnya, harga berlian termahal di dunia boleh mencecah berbilion ringgit, berlian ini memiliki bentuk bujur dengan berat 109 carat, di beri nama Koh-I-Noor. 

Menurut carian Google, Kohinoor adalah berlian termahal di dunia. Seperti laporan, berlian bujur 109 karat itu seberat 21.6 gram dan merupakan berlian utama Mahkota British. Asal usulnya dikesan kembali ke India dengan Ratu Elizabeth II menjadi pemilik semasa berlian itu. Oleh kerana keunikannya, berlian itu dikatakan tidak ternilai harganya.

Sebab itulah, kebanyakan berlian dipakai oleh golongan yang mampu dan yang telah berusia kerana daya beli yang tinggi. Ada juga orang muda yang pakai berlian tapi kebiasaannya mereka adalah dari kalangan usahawan atau peniaga.

Secara jujurnya pada pendapat saya berlian lebih cantik berbanding emas. Tapi saya memilih emas untuk dijadikan pelaburan jangka pendek dan jangka panjang kerana urusan jual belinya yang amat mudah. Kita kenalah fleksibel dalam keadaan tertentu, betul tak?

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Betul tu.. belian memang cantik tapi emas tetap jadi pilihan

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close