Musang King Durian Kotak, Tetap Asli Rasanya. Siapa agaknya antara pembaca blog ini yang "hantu" durian. Kalau anda orangnya, kita geng! Saya memang Ä·aki durian, terutamanya durian Musang King! Asal dengar ada orang jual musang king, saya cari dan beli. Dapat makan sikit pun dah puashati. Dah lama juga seller durian tak naik status kat FB atau group. Tetapi dah rezeki kami agaknya, semalam ada seller hantar DM tanya nak durian ke tidak. Durian fresh katanya. So, saya tanya info sikit dan check harga. Bila dah deal harga, terus bayar. Malam-malam pulak tu deal pasal durian Musang King.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Musang King Durian Kotak, Tetap Asli Rasanya
Alhamdulillah. Durian kotak (isi durian je) musang king telah mendarat di rumah kami sebelum maghrib tadi. Ini bukan frozen durian tau, ni durian segar dari ladang. Cuma dia dijual tanpa kulit. Harganya? Boleh tahan, ada sekilo dijual dari RM150 - RM160. Terpulang korang nak pilih yang mana punya.
Antara ciri musang king adalah isi durian memanjang dan runcing di hujung serta nipis bijinya. Kuning keemasan, manis rasanya lemak berkrim!
Warna kuning menyala durian musang king antara trade mark yang menarik perhatian ramai. Siapalah tak terliur bila nampak depan mata, lagi-lagi yang lalu lalang kat group FB. Memang kena sambar satu jawabnya!
Oleh kerana rasanya yang manis, maka durian musang king atau apa-apa jenis durian tidak digalakkan kepada penghidap diabetes. Bahaya tau. Kalau sekadar rasa seulas tak mengapa.
Selamat menjamu selera jika anda dah dapat beli durian idaman anda.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.