Nasi Lemak Ayam Telur Mata Dari Kedai Mamak! Alhamdulillah, masih bernyawa lagi kita pagi ini dan diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menghirup udara segar. Berborak pasal sarapan pagi ni, apa yang korang sediakan untuk family? Yang simple, bakar-bakar atau goreng-goreng? Hmm.. buat jemput-jemput sedap jugak ni. Tapi teringin makan nasi lemak pulak. Nak buat sendiri dah tak sempat. Ambik phone cari kat Grab Food, restoran mana yamg dah bukak order awal pagi ni. Tengok-tengok kedai mamak je, ada pulak jual nasi lemak. Apalagi, kita try la kan. Tak pernah lagi kita orang makan nasi lemak kat kedai mamak. Jom kita cuba!!
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Nasi Lemak Ayam Telur Mata Dari Kedai Mamak!
Biasa kalau beli nasi lemak, tak pernah lagi dari kedai mamak. Tapi kerana pepagi lagi kedai melayu belum bukak, maka kita order nasi lemak kedai mamak. Ha.. macam mana rasanya? Macam nasi lemak melayu punya ke?
Ini lah dia nasi lemak telur mata yang order dari kedai mamak. Alhamdulillah. Tak rugi beli, sama je rasanya macam mak-mak kita buat. Sedap, lembut pula nasinya, dengan telur mata cair di atas. Tapi ayam goreng memang la trademark kedai mamak.. merah menyala gorengan dia. Yang penting tak menghampakan.
Order jugak roti canai untuk si anak bujang, sebab dah lama katanya tak makan roti canai. Nasi lemak + roti canai kan sarapan kegemaran rakyat Malaysia. Betul tak?
So, sarapan pagi ini adalah nasi lemak ayam telur mata dari kedai mamak. Tapi kita orang order dari Grab Food je. Malas nak keluar. Hehe.. tapi kena korban sikit tang harga makanan di Grab. Semuanya memang mahal sikit berbanding jika kita makan kat restoran.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.