Nasi Lemak Mek Kelate Yang Sedap Dan Murah. Dah lama nak cerita pasal nasi lemak mek kelate jual di kejiranan saya. Selain nasi lemak, ada juga dijual nasi kerabu dan nasi dagang. You all pilih je nak makan apa, semuanya sedap-sedap! Gerai nasi lemak tu tak ada nama, saya je yang letak nama gitu.. ✌
Nasi lemak dengan sambal yang merah tetapi rasanya tidak pedas sangat, sesedap rasa di tekak. So, budak-budak pun boleh makan.
Nasi Lemak Mek Kelate Yang Sedap Dan Murah
Nasi lemak dijual pada harga RM6.00, dengan jumlah nasi yang banyak, ayam madu 2 ketul, telur rebus separuh, hirisan timun, kacang dan ikan bilis. Dan semestinya ada sambal tumis yang amat sedap! Murah kan??
Alhamdulillah, memang sedap sangat. Dulu dijual pada harga RM4.50 je. Masa tu ayam seketul je. Mulai pertengahan tahun lepas dah naik RM6.00 tapi jumlah nasi dan ayam ditambah.
Memang dia bungkus dalam kertas minyak tu tapi saya memang suka cara makan nasi lemak berbungkus berbanding dalam polesterin atau bekas plastik. Makan dalam kertas minyak gitu memang legend. Menggamit memori.
Rasa sambal dia memang sedap, lemak dan manis sikit. Tak la manis sangat. Pedas dia pun masih boleh layan apabila dimakan dengan nasi lemak.
Saya nak cuba buat sambal macam dia pun susah, dia punya halus sampai tak nampak seketul biji lada pun. Memang terror la..
Bila teringat nasi lemak dia, esok pagi macam teringin nak buat nasi lemak sendiri la.. hehe, kita buat nasi lemak sambal udang!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.