Pesanan Untuk Kaum Hawa - Kita Layak Untuk Jadi Baik. Susah ke nak jadi baik dan bercampur dengan orang baik-baik? Tidak layakkah kita bergaul dengan orang baik jika kita bukan orang baik? Risaunya menjalani hari mendatang, sekali kita buat tak baik.. lenyap segala kebaikan yang bertahun dulu.
Sebab itu buat jahat jangan sekali sekali!
Tetapi berbuat baik lah berkali-kali sampai orang lupa kejahatan kita.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Jangan terlalu berasa rendah diri terhadap dosa-dosa sendiri. Bukannya pula berbangga dengan melakukan dosa-dosa. Sebaiknya bertaubatlah mohon Allah ampuni dosa-dosa kita dan semoga Allah lorongkan langkah kita ke hadapan dengan takdir yang baik-baik.
Pesanan Untuk Kaum Hawa - Kita Layak Untuk Jadi Baik
Pesanan buat kaum hawa di akhir zaman:
Banyakkan beramal, tinggalkan perkara yang sia-sia. Fikir risau tentang agama, usaha perbaiki diri, belajar agama, perbaiki iman kita, baiki keluarga kita.
Zaman penuh fitnah ni musuh nak rosakkan agama bermula dengan merosakkan hawa. Sebab dari hawa lah lahir zuriat yang akan memperjuangkan agama.
Benar kita tak sempurna, banyak kelemahan, tapi Allah Maha Baik. Kita layak untuk jadi baik.
Moga Allah pilih kita untuk diberikan agama dan mengamalkan agama dengan sempurna. Moga Allah pelihara iman keluarga, juga zuriat keturunan kita.
Semua orang layak berubah dan diberikan peluang untuk berubah.
Semoga kita semua sentiasa diizinkan Allah untuk mengecap bahagia yang tenang hingga ke akhir usia.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.