Bagaimana Nak Berbuat Baik Tanpa Harus Merasa Baik? Susah dan amat payah untuk ikhlas dalam berbuat sesuatu kebaikan dalam dunia akhir zaman ni. Semua benda macam nak kena tayang barulah orang respect dan tahu apa kita buat? Begitukah sepatutnya kita kena lakukan? Adakah semua benda baik kita buat kena ditunjukkan untuk mendapatkan sokongan? Entahlah, saya pun tak ada jawapannya.
Tujuan hidup kita tak sama, hati di dalam pun berbeza-beza. Cukuplah jika kita berupaya menolak dengan baik bila di ajak berbuat jahat, itu pun satu perjuangan menuju baik.
Jika rakan-rakan provoke kita untuk sama-sama mencaci hina orang lain, tolaklah dengan berkata, "Saya dah banyak dosa. Saya tak nak menambah dosa yang ada."
Bagaimana Nak Berbuat Baik Tanpa Harus Merasa Baik?
Kita harus berbuat baik walau di mana kita berada. Perbuatan baik bukan setakat kamu rajin bersedekah atau membantu orang dalam kesusahan. Lebih besar dari itu, perbuatan baik meliputi segala amalan fizikal tubuh badan dan juga hati nurani yang tak dapat dilihat orang.
Mendoakan orang lain dalam hati pun adalah amalan baik lebih-lebih lagi bila orang yang didoakan itu kita tak kenal langsung!
Bagaimana harus berbuat baik tanpa merasa diri kita baik? Contohilah Umar al Khattab, kita dianjurkan.. di dalam peribadi, di dalam pandangan engkau harus menjadi manusia yang paling hina. Kerana.. pandangan merasa hina inilah kita akan menggarap seluruh kebaikan. Kita akan berbuat baik. Kenapa? Kerana kita masih jahat! Kita akan berbuat baik. Kenapa? Kita masih belum cukup baik.
Tapi saat merasa diri sudah baik, merasa sudah cukup berbuat baik, sebenarnya sudah TIDAK BAIK!
Semoga menjadi renungan bersama dalam menuju kebaikan berpanjangan. Insya Allah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.